|
MAJLIS BERTAHLIL DAN MEMBACA SURAH YASIN DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
||
|
|
||
|
Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Yasin bertempat di surau Kementerian tersebut pagi tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai diketuai oleh Dr. Haji Muhammad Majdi bin PDSM DSS Haji Abdul Aziz, Pegawai Alam Sekitar. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiusaha Tetap(Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Unit, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan. Majlis tersebut adalah julung-julung kali diadakan dan Insyallah akan dibuat setiap hari Khamis. |
||
|
|
||
|
|
||