MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN, BERTAHLIL DAN DOA SELAMAT

DI KEMENTERIAN MBANGUNAN

 
 

 

 
 

Tadi pagi seperti lazimnya warga Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Bertahlil bertempat di surau Kementerian tersebut. 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai diketuai oleh Dr. Haji Muhammad Majdi bin Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz, Pegawai Alam Sekitar.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Ketua-Ketua Unit , Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian ini.