|
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
|||
|
|
|||
|
Pagi tadi, Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Yasin bertempat di surau Kementerian tersebut. Ketua Unit Pemeliharaan Istana, Awang Haji Abd Wahab bin Haji Tuah mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan membaca Surah Yasin dan bertahlil beramai-ramai. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Abang Haji Abu Hanifah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pembangunan, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Jabatan Kerja Raya dan Pegawai-Pegawai dari Jabatan tersebut. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||