|
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
|||
|
|
|||
|
Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Bertahlil bertempat di surau Kementerian tersebut pagi tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai diketuai oleh Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Tuah, Ketua Unit Pemeliharaan Istana. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Yang Mulia Dato Paduka Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap(Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Unit, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan. Juga dijemput ke majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Ukur. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||