|
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
|||
|
|
|||
|
Tadi pagi, Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Yasin bertempat di surau Kementerian tersebut. Pegawai Alam Sekitar, Dr. Haji Muhammad Majdi bin PDSM DSS Haji Abdul Aziz mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan membaca Surah Yasin dan dan bertahlil beramai-ramai. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Abang Haji Abu Hanifah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pembangunan, Pengarah Kemajuan Jabatan Kerja Raya serta Pegawai-Pegawai dari Jabatan tersebut. |
|||
|
|
|
||
|
|
|||