|
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA |
||
|
|
||
|
Petang tadi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Bertahlil bertempat di surau Kementerian tersebut. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Asar berjemaah yang telah di imamkan oleh Imam Haji Muslim bin Haji Abdul Razak, Imam Masjid Mohammad Bolkiah, Masjid Serusop. Majlis diteruskan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti kemudian dengan membaca Surah Yasin dan bertahlil beramai-ramai. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Berhormat, Menteri Pembangunan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Majlis tersebut adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan dan dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan sendiri. |
||
|
|
||
|
|
||