|
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN BERTAHLIL DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN |
||
|
|
||
|
Seperti lazimnya warga Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Membaca Yasin dan Bertahlil bertempat di surau Kementerian tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bertahlil beramai-ramai diketuai oleh Awang Haji Abd Wahab bin Haji Tuah, Ketua Unit Pemeliharaan Istana. Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) dan Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan). Juga dijemput ke majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Kerja Raya. |
||