LAWATAN MENTERI PEMBANGUNAN

KE TAPAK-TAPAK PROJEK

 

   

 
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek. 

Antara projek-projek yang dilawati ialah ke Rumah Teres Rancangan Perumahan Negara Kampong Mentiri, Perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Katok ‘A’, Perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Katok ‘B’ dan Tapak Perancangan Perumahan Lumapas yang pada masa ini berjalan lancar dan juga Pengaliran Sungai Berakas.  Tujuan lawatan ialah untuk melihat perkembangan projek-projek berkenaan.  

Rombongan juga melawat ke Tapak Perumahan Rimba dimana terdapat beberapa rumah yang terlibat dengan hakisan tanah runtuh di kawasan rumah mereka. 

Lawatan diteruskan hingga ke sebelah petang dengan membuat lawatan ke tempat-tempat perumahan di persekitaran Perumhan Kampong Lambak Kiri yang dilanda banjir.  Rombongan juga sempat melawat jalanraya di Lebuhraya Jerudong menuju ke Berakas yang berlubang akibat hujan lebat. 

Juga mengikuti rombongan ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Ketua-Ketua Jabatan/ Unit dan Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.