LAWATAN MENTERI PEMBANGUNAN KE TAPAK-TAPAK PROJEK

 

   

 

Pagi tadi, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek.

Antara projek-projek yang di lawati ialah ke Rumah Teres Rancangan Perumahan Negara Kampong Mentiri, Loji Penapisan Air Mengkabau, Empangan Mengkabau, Tapak Rancangan Perumahan Negara Tanah Jambu.  Juga di lawati ialah projek-projek Tapak Perancangan Perumahan Lumapas dan Sungai Berakas.  Tujuan lawatan ialah untuk melihat perkembangan projek-projek berkenaan.  Lawatan bersambung hingga ke sebelah petang.

Juga mengikuti rombongan ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan/Unit dan Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.