8hb Nov 2022, Sambutan Jubli Emas 50 Tahun
Penubuhan Jabatan Perancang Bandar Desa (JPBD) telah diadakan di Dewan
Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Sambutan ini diselajurkan
dengan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022 dengan tema 50 Tahun
Menyelusuri Perancangan Bandar dan Desa.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Dr. Nor Imtihan Binti Haji Abdul Razak,
Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah Dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan Selaku Autoriti Perancang, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; jemputan-jemputan khas dari pelbagai sektor kerajaan dan Swasta serta Pegawai kakitangan, Kementerian Pembangunan serta Jabatan-jabatan di bawahnya.
.png)
Majlis
dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa Selamat. Seterusnya Ucapan
Alu-aluan dari Yang Mulia Dr.Marsita binti Omar, Pesuruhjaya Perancang Bandar
dan Desa selaku pengerusi Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan
Perancang Bandar dan Desa dan disusuli dengan Ucapan Rasmi dan Pelancaran
Majlis Sembutan Jubli emas Jabatan Perancang Bandar dan Desa oleh Tetamu
Kehormat majlis.

Majlis diserikan dengan tayangan video Sambutan 50 Tahun Jubli Emas JPBD dan Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh JPBD sepanjang sambutan 50 Tahun Jubli Emas JPBD sejak awal tahun 2022. Majlis diakhiri dengan menyaksikan mini pameran Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan JPBD.
#Togetherusforbetterbrunei
#Wtpd2022
#Jubliemas50Tahun