Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS MUNAJAT, BACAAN SURAH YASSIN DAN TAHLIL BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA DISELAJURKAN DENGAN SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2024

Khamis, 07 November 2024 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Pembangunan selaku pengerusi Bersama telah mengendalikan Majlis Munajat, Bacaan Surah Yasin dan Tahlil bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bersempena  Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2024.


Hadir selaku tetamu kehormat adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Turut hadir sama, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ketua-ketua Jabatan, Divisyen dan Unit Kementerian Pembangunan serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan.

​​

Majis diadakan di Surau Kementerian Pembangunan yang mana dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Menteri Pembangunan, dan diikuti dengan Bacaan Surah Yassin, Tahlil, Selawat Tafrijiyyah, Doa Munajat, Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Ahmad Muhajir bin Mudim Haji Matassim dan Yang Mulia Awang Mohammad Zukeri bin Haji Bakir.


Attachments