Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
LAWATAN MAHASISWA - MAHASISWA YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH KE JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

Disediakan oleh Siti Shahirah Hamizah Haji Sahari & Dk Siti Nurul Haziqah Pg Hj Mohd Jofray

Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari rombongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di bawah Program Perkembangan Sultan's Scholars, pada 02 Ogos 2017. Rombongan terdiri dari 37 orang mahasiswa Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang diketuai oleh Hajah Dayang Donnaliza binti Abdullah Puasa, Penolong Pengarah Pengurusan.

Hadir mengalu-alukan rombongan tersebut ialah Pemangku Penolong Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Yang Mulia Dayang Hajah Zainab binti Haji Yusop dan pegawai-pegawai Perancang Bandar dan Desa.

Semasa lawatan berkenaan, taklimat mengenai fungsi dan peranan jabatan disampaikan oleh pegawai - pegawai Perancang Bandar dan Desa. Selain itu, rombongan juga berkesempatan meninjau lebih dekat dan melawat ke beberapa bahagian dalam jabatan.

Attachments