Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
PERLAWANAN FUTSAL SEMPENA HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

PASUKAN BKD, JUARA KESELURUHAN TEMPAT PERTAMA LIGA DAN JUARA 

Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) telah mengadakan perlawanan futsal bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017 pada 05 November 2017 bertempat di Dewan Kompleks Sukan JKR, Lapangan Terbang Lama Berakas. Perlawanan tersebut dianjurkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan dan Strategik disertai oleh 5 kumpulan yang terdiri dari beberapa bahagian di bawah JPBD.

Bahagian-bahagian yang mengikuti perlawanan tersebut adalah:-

  1. Bahagian Perancangan Pembangunan dan Strategik
  2. Bahagian Maklumat Perancang
  3. Bahagian Kemajuan Daerah (Penguatkuasaan)
  4. Bahagian Kemajuan Daerah (BKD)
  5. Gabungan cawangan JPBD Belait & Temburong

Bekas kakitangan yang pernah bertugas di JPBD dan juga penuntut Universiti Brunei Darussalam yang sedang menjalani latihan attachment di JPBD juga turut serta mewakili bahagian tertentu bagi memeriahkan lagi acara perlawanan futsal tersebut.

Piala pusingan adalah sumbangan dari Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa.  Hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh Yang Mulia Awg Shahraime bin Haji Emran, Pegawai Perancang Bandar Dan Desa.

Pemenang-pemenang bagi perlawanan Futsal tersebut adalah:-

Piala FA

  1. Bahagian Kemajuan Daerah
  2. Bahagian Maklumat Perancangan
  3. Gabungan cawangan JPBD Belait & Temburong
  4. Bahagian Kemajuan Daerah (Penguatkuasaan)

Piala Liga

  1. Bahagian Kemajuan Daerah (BKD)
  2. Bahagian Kemajuan Daerah (Penguatkuasaan)
  3. Cawangan JPBD Belait & Temburong
  4. Bahagian Maklumat Perancangan
  5. Bahagian Perancangan Pembangunan dan Strategik

 

Attachments