Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS CERAMAH KHAS BERSEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2017 JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

Pada 8 November 2017, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengelolakan majlis ceramah khas ugama, bersempena dengan sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017. Ceramah yang bertajuk Perancangan Dan Kehidupan telah diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Kumbang Pasang, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut bagi pihak Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa ialah Yang Mulia Dayang Hjh Zainab binti Hj Yusop, Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa. Ceramah khas berkenaan telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak, salah seorang Da'ie bertauliah MUIB dan lepasan Sarjana (Master) Falsafah Islamiyyah dari Universiti Kaherah, Mesir.

Ceramah berkisar kepada empat (4) fasa yang dilalui dalam kehidupan iaitu Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Barzakh dan Alam Akhirat dan kepentingan perancangan dalam setiap fasa kehidupan.  

Attachments