Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SOLAT MAGHRIB DAN ISYA’ BERJEMAAH DAN CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2018

​Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia pada tahun ini, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Majlis Solat Maghrib dan Isya' berjemaah yang diadakan di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar, semalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar. Turut hadir di majlis tersebut Yang Berhormat Pehin Dato Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Md Yussof, Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Paduka Dr. Haji Mohd Isham Bin Haji Jaafar, Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan bersama-sama YB Menteri-Menteri Kabinet serta para jemputan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid berkenaan.

Majlis diteruskan dengan ceramah khas oleh penceramah undangan bertajuk "Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perancangan Bandar dan Desa", dan solat fardhu Isya' berjemaah.

Turut hadir di Majlis tersebut Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan dan juga Kementerian lain, Ahli Takmir Masjid, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan di dalam Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya, serta para penduduk setempat.


Attachments