Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL AN’NAM KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN - JABATAN DIBAWAHNYA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM ANJURAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA BAGI TAHUN 1441H / 2019M


Bagi mengambil keberkatan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ini, Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya pada 23 November 2019M bersamaan 26 Rabiulawal 1441H bertempat di Dewan Betabur Kementerian Pembangunan telah mengadakan aktiviti tahunan Majlis Pertandingan Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W anjuran Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan dan mengukuhkan akan kepentingan Dikir Syarafil Anam sebagai khazanah warisan orang-orang Brunei dan seterusnya mempelajari lagu-lagu Dikir Syarafil Anam dengan baik. Ianya juga untuk menanamkam rasa kecintaan kepada Rasulullah selain daripada memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya. Tema sambutan pada tahun ini "Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu' Alaihi Wassalam" adalah diselaraskan dengan tema sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara Bagi Tahun 1441 Hijrah.

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis tersebut dan menyampaikan hadiah pemenang pertandingan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

Sebanyak 8 pasukan bertanding di peringkat akhir setelah melalui pertandingan saringan yang telah diadakan pada 21 September 2019 yang lalu, yang terdiri daripada 4 pasukan lelaki dan 4 pasukan perempuan.  Muncul juara bagi pasukan lelaki dalam pertandingan dikir Syarafil Anam Peringkat Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di Bawahnya ialah dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Keja Raya. Manakala tempat kedua disandang oleh Jabatan Ukur dan tempat ketiga jatuh kepada Jabatan Tanah.

Bagi kategori perempuan muncul juara ialah dari Jabatan Ukur. Manakala tempat kedua disandang oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya dan tempat ketiga jatuh kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa.



Attachments