Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN–JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1441H / 2020M


BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Zulhijjah 1441H bersamaan 03 Ogos 2020M - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bertempat di Ruang Legar Tingkat Satu, Kementerian Pembangunan. Majlis ini adalah merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan dan Jabatan Jabatan di bawahnya, di mana pada tahun ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al – Atas dan diselanjurkan dengan solat asar berjemaah bertempat di Surau Kementerian Pembangunan. Kemudian diikuti dengan pengagihan sebahagian daging-daging korban oleh YB tetamu kehormat majlis .kepada 03 peserta korban dan 16 penerima yang terpilih untuk hadir pada majlis berkenaan.

Manakala pengagihan bagi sebahagian yang lain, iaitu bagi 78 orang penerima yang terpilih dari Mukim Pangkalan Batu dan Mukim Lumapas serta 167 warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya yang berkelayakan telah dilaksanakan masing masing melalui penghantaran ke rumah-rumah oleh syarikat penyembelihan yang dilantik serta melalui wakil wakil jabatan.

Pada tahun ini, seramai 35 peserta terdiri daripada warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah ikut serta dan sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan.

Turut sama hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Yang Mulia Setiausaha Tetap, para pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Attachments