Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

6 BUAH SYARIKAT TELAH DIKENAKAN DENDA KOMPAUN DI BAWAH PERATURAN- PERATURAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA [KOMPOSISI KESALAHAN], 2018

 


20hb Ogos 2022, sebanyak 6 buah syarikat yang berlokasi di Mukim Kilanas telah dikenakan denda kompaun bagi kesalahan pertama kerana melanggar Peraturan – Peraturan Perancangan Bandar dan Desa [Komposisi Kesalahan], 2018 semasa Operasi OPKEMAS kali ketiga bagi tahun 2022 yang telah dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Syarikat - syarikat berkenaan telah diberikan tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

​​

Antara pelanggaran adalah meliputi kegiatan meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang di kawasan kaki lima premis perniagaan, tempat letak kereta, kawasan driveway premis perniagaan dan perusahaan. Kesalahan - kesalahan ini boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya.

Pihak Autoriti Perancang melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan untuk setiap kemajuan dan penggunaan tanah. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di 8200222.  


Attachments