Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA MERAIKAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2018

Jabatan Perancang Bandar dan Desa semalam telah mengadakan majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang jatuh pada 8hb November setiap tahun, bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Tetamu Kehormat majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan telah berkesudian memberikan ucapan perasmian dan melancarkan dua Garis Panduan Perancangan -  Garis Panduan Perancangan Suplimentari Garis Bangunan, dan Garis Panduan Perancangan dan Piawaian untuk Kemajuan Perumahan, edisi 2018.

Tujuan garis panduan perancangan ini adalah untuk menyelaraskan parameter perancangan yang berkenaan dan proses permohonan kebenaran perancangan, selaras dengan perkembangan semasa. Penerbitan garis panduan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jabatan khusus di dalam mendokong objektif strategik di dalam mengwujudkan pembangunan yang mampan dengan mengoptimakan penggunaan tanah dan pengurusan pembangunan yang cekap.

Tema sambutan pada tahun ini adalah MERANCANG UNTUK PERUBAHAN KE ARAH PEMBANGUNAN YANG MAMPAN.  Tema ini adalah dikira relevan dan selaras dengan usaha Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang kini giat dalam mengwujudkan pembangunan yang mampan bagi kesejahteraan masyarakat. Ini adalah juga sejajar dengan Visi Kementerian Pembangunan "Kehidupan Berkualiti, Pembangunan Berterusan, Negara Makmur" untuk mendokong Rangka Dasar dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023. Melalui perubahan ke arah pembangunan mampan, adalah dihasratkan akan dapat memenuhi keperluan generasi pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan generasi masa hadapan.

Kemampanan dikatakan dapat dicapai sekiranya pembangunan fizikal kawasan bandar berkeadaan seimbang, iaitu pembangunan alam bina adalah harmoni dengan alam semulajadi, seimbang dan saling memanfaatkan. Ini dapat dicapai melalui fungsi perancangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa dalam merancang penggunaan ruang tanah atau ruang spatial dan mengurus kemajuan dengan lebih teratur dan effisyen.

Perancangan guna tanah yang effisyen boleh membantu menyelaras pelbagai guna tanah di satu-satu kawasan secara komprehensif atau syummul, seperti kawasan perniagaan dan perumahan, kawasan hijau serta riadah bagi menghasilkan persekitaran yang kondusif dan bersepadu.  Perancangan guna tanah yang effektif dapat menyediakan peluang pekerjaan yang boleh mengubah gaya hidup masyarakat demi mendapatkan taraf kehidupan yang lebih terjamin, aman dan makmur.

Dalam hal kemajuan pula, objektif utama adalah untuk menghasilkan kualiti persekitaran yang mampan melalui keberkesanan dalam mengurus (mengawal) kemajuan. Penyediaan garispanduan yang terkini, pematuhan terhadap dasar-dasar dan undang-undang yang berkaitan dan tindakan penguatkuasaan yang effektif dan berterusan dapat menjamin kemampanan suatu kawasan.

Sungguhpun keperluan bagi pembangunan yang mampan diperakui, namun pelaksanaannya bukanlah perkara yang mudah. Penggunaan tanah dan pengurusan pembangunan memerlukan komitmen dari pelbagai peringkat dan pihak untuk mengwujudkan dasar yang mantap supaya perancangan-perancangan tersebut dapat diterima pakai oleh pemegang teras (stakeholders) dan juga pihak swasta / orang ramai.

Dalam konteks ini, penglibatan awam melalui dialog serta seranta awam adalah penting untuk memperkesan pelbagai dasar kerajaan yang relevan supaya dapat diterima pakai oleh masyarakat. Kemampanan bagi sesebuah kawasan bukan saja bergantung kepada perancangan, pengurusan dan pengawalan guna tanah yang effisien, akan tetapi juga kepada sokongan yang positif dari pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, sokongan masyarakat terhadap pelbagai perancangan guna tanah adalah penting untuk perubahan, bagi menjadikan pembangunan mampan sebuah realiti.

Di Majlis tersebut, Tetamu Kehormat juga turut menyaksikan pameran yang disediakan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai pelan strategik Jabatan Perancang Bandar dan Desa, pelan-pelan pembangunan khususnya Pelan Daerah Brunei Muara dan Pelan Perancangan Setempat Mukim Serasa, Perintah Perancangan Bandar dan Desa 2015 serta perkongsian maklumat mengenai dengan beberapa proses menghadapkan permohonan kemajuan dan maklumat mengenai dengan garispanduan yang telah dilancarkan.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap – Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di dalam Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.


Attachments