Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

DEVELOPMENT RUN 2020

dev 4.jpg

Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan buat julung kalinya mengadakan larian yang dikenali sebagai Development Run 2020 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019. Acara larian ini diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan pada hari Ahad, 16 Februari 2020.

Tetamu Kehormat bagi acara larian ini adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Turut hadir adalah Yang Mulia Dato Seri Peduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan serta Setiausaha-Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

dev poster.jpg

Acara ini dikendalikan oleh Badan Kebajikan dan Sukan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa bersama dengan pihak AKIF Media & Marketing Event Management. Lebih daripada 400 peserta menyertai larian ini yang dibukakan kepada tiga (3) kategori iaitu Competative Race 15km, Fun Race 5km dan Family Fun Run 2.5km.

Tujuan utama acara ini diadakan adalah untuk untuk menjadikan ianya salah satu platform di dalam mewujudkan kolaborasi One Nation Approach di dalam menjana kehidupan sihat dan seimbang melalui persekitaran kemajuan yang kondusif, teratur dan berperancangan. Selain dari larian, aktiviti sampingan seperti pameran, interactive games dan kuiz juga diadakan oleh beberapa Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan iaitu Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Jabatan Ukur, Jabatan Tanah, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, serta Jabatan Perkhidmatan Air, JKR.


Turut sama-sama hadir semasa acara tersebut ialah:

  1. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Ugama
  2. Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof, Menteri Pertahanan II
  3. Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
  4. Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan
  5. Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  6. Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
  7. Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Hj Md Hussien, Menteri Tenaga
  8. Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan
  9. Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi
  10. Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminudin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
  11. Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman
dev 5.jpg


Attachments