Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SESI DIALOG BERSAMA TUKANG PELAN BERDAFTAR (REGISTERED BUILDING DRAUGHTSMAN)

BANDAR SERI BEGAWAN, ISNIN, 21 Disember 2020. – Sesi Dialog kali pertama bagi tahun 2020 bersama Tukang Pelan Berdaftar (Registered Building Draughstman) telah diadakan pada 21 Disember 2020 melalui usaha sama Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Unit Latihan dan Ujian Kemahiran Kementerian Pembangunan. 

Turut hadir pada sesi dialog berkenaan adalah YM Puan Marsita binti Omar, Pemangku Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, serta YM Puan Hajah Sarbiah binti Haji Burut, Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan.  Sesi dialog berkenaan juga turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, dan wargakerja teknikal dari ibu pejabat dan cawangan-cawangan JPBD, Kementerian Pembangunan, serta pihak-pihak yang berkepentingan.

Antara objektif utama sesi dialog ini adalah untuk mentaklimatkan tatacara menghadapkan Permohonan Kebenaran Perancangan Kepada JPBD, dan Keperluan Untuk Mendapatkan Ulasan Infrastruktur Dari Jabatan-jabatan Berkepentingan seperti Jabatan Jalan Raya, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Perkhidmatan Air dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Penyampaian taklimat-taklimat tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan Tukang Pelan Berdaftar (Registered Building Draughstman) bagi memastikan kualiti permohonan yang dihadapkan (submission) adalah bermutu tinggi dan selaras dengan peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak – pihak berkepentingan. Sesi dialog diteruskan dengan soal jawab yang dibukakan sebagai platform bagi perbincangan dua hala di dalam mengetahui kesulitan serta cabaran yang dihadapi oleh pihak yang terlibat, termasuk mendapatkan cadangan pembaikan yang bersesuaian bagi meningkatkan efficiency proses permohonan.

Pihak Tukang Pelan Berdaftar (Registered Building Draughstman) juga turut diperingatkan mengenai kepentingan untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak-pihak berkuasa yang terdiri dari Autoriti Perancang dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) sebelum pelaksanaan sebarang kemajuan bagi kemajuan satu unit rumah baru dan ubahsuai/tambahan satu unit rumah sedia ada.

Sila tekan muat turun taklimat-taklimat (slides):

1) Permohonan Kemajuan sebuah rumah (1 unit) sebelum KP - Ulasan Teknikal Pembentungan.
2) Penyelarasan Ulasan Infra bagi permohonan Kebenaran Perancangan untuk sebuah rumah.
3) Garispandubagi permohonan Kebenaran Perancangan Kemajuan untuk sebuah rumah.
4) Permohonan Infra bagi Kemajuan Sebuah Rumah untuk dihadapkan ke Jabatan Jalan Raya, JKR.
5) Taklimat Tatacara menghadapkan Permohonan Kebenaran Perancangan kepada Tukang Pelan Berdaftar (RBD).
6) Ulasan Infrastruktur bagi satu buah rumah.

Attachments