Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFAQs Aduan Orang Ramai

1.       Bagaimanakah tatacara bagi menghadapkan aduan?

             - Link kepada TATACARA MENGHADAPKAN ADUAN

2.       Apakah maklumat yang diperlukan bagi menghadapkan aduan?

             - Maklumat-maklumat yang diperlukan bagi meghadapkan aduan adalah seperti berikut:

      • Nama Pengadu
      • Alamat Pengadu
      • Nombor Telefon Pengadu
      • Keterangan Aduan
      • Lokasi Aduan (Nombor Lot, Simpang Jalan, Kampung dan Mukim)

3.       Mengapakah perlu memberikan maklumat mengenai pengadu jika ingin membuat aduan?

               - Maklumat mengenai pengadu adalah diperlukan bagi memudahkan susulan dari semasa ke semasa oleh pihak                                                    Jabatan.

4.       Berapa lamakah TPOR bagi memproses aduan?

               - TPOR memproses aduan adalah 4 hari bekerja dari tarikh menerima aduan sehingga tindakan JPBD selanjutnya

5.       Mengapakah aduan melalui laman sosial ataupun applikasi tidak digalakkan?

               - Aduan melalui laman sosial ataupun applikasi tidak digalakkan memandangkan maklumat-maklumat yang diperlukan                                         bagi penyiasatan adalah tidak mencukupi  dan menjadi kesulitan kepada Kakitangan JPBD untuk menjalankan                                                     penyiasatan lanjut.

6.       Apakah proses JPBD bagi menangani aduan yang diterima?

                - Link kepada PROSES ADUAN

7.       Bagaimanakah tatacara jika pengadu ingin mengetahui status aduan yang telah dihadapkan?

  •  Pertanyaan mengenai status aduan bolehlah didapati melalui
    • Perjumpaan bersama kakitangan di kaunter JPBD
    • Persuratan ke JPBD
    • Menghubungi pihak JPBD melalui talian Jabatan
    • Menghantar e-mel kepada e-mel Jabatan

8.       Apakah yang perlu dilakukan sekiranya aduan yang diadukan terus berlanjutan setelah tindakan di ambil?

  • Sekiranya aduan terus berlanjutan, pengadu bolehlah memaklumkan kepada JPBD ataupun Jabatan-Jabatan yang berkenaan mengenainya bagi tindakan selanjutnya melalui:
    • Perjumpaan bersama kakitangan di kaunter JPBD
    • Persuratan ke JPBD
    • Menghubungi pihak JPBD melalui talian Jabatan
    • Menghantar e-mel kepada e-mel Jabatan