Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaris Panduan Kemajuan Tanah

Garis Panduan Kemajuan Tanah (Fokas Kemajuan di Kawasan Sensitif Alam sekitar) 2009

Garis panduan tersebut menggariskan syarat, peraturan dan keperluan kerja-kerja menimbuk dan meratakan tanah khususnya di kawasan Sensitif Alam   Sekitar (SAS). 

Kerja – kerja tanah samada dikawasan yang bukan dianggap sensitif  alam sekitar, apa tah lagi dikawasan yang dikenalpasti sensitif  alam sekitar boleh sahaja mengundang bencana dan bahaya jika ianya tidak dilaksanakan dengan mengikut peraturan tertentu.

Di antara faktor penyebab ialah kerja – kerja tanah yang tidak mengikut peraturan menyebabkan tanah susur, tanah runtuh dan pemendapan. Dengan adanya garis panduan ini nanti kesan kemajuan di kawasan – kawasan sensitif dapat dikurangkan ketahap minima dan menjamin pembangunan mampan yang berterusan. Disamping itu ia juga akan dapat mengwujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan alam sekitar yang bermanafaat kepada semua.

Selain daripada garis panduan ini, PBYLKK juga telah menyediakan beberapa garis panduan bagi mengawal kemajuan secara lebih sistematik, di antaranya kemajuan bagi perniagaan, perumahan, industri, pemecahan dan / atau penyatuan tanah dan pemasangan iklan dan papantanda. Langkah – langkah lain adalah pemantauan berterusan melalui pemeriksaan tanah dan tapak binaan.

 Kawasan SAS yang dikenalpasti termasuklah:

1. Kawasan berbukit tinggi  yang mempunyai kecuraman melebihi 30º;

2. Kawasan lembab dan rendah seperti paya yang kurang dari 3.5º;

3. Kawasan pesisiran pantai; dan

4. Kawasan  aliran sungai dan anak sungai.