Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaris panduan Perancangan bagi Pemecahan dan atau Penyatuan

Garis Panduan Perancangan bagi Pemecahan dan/atau Penyatuan Tanah 2013.

Menggariskan syarat dan peraturan bagi Pemecahan dan Penyatuan Tanah dan bangunan sedia ada seperti rumah kediaman, perniagaan dan industri.


Pemecahan dan Penyatuan tanah adalah merupakan satu mekansima penting dalam mempastikan kesinambungan kemajuan sosio-ekonomi negara.  Melalui proses ini lebih banyak tanah boleh 'diwujudkan' untuk tujuan pembangunan yang lebih padat sama ada melalui jual beli tanah atau penurunan waris. Pemecahan tanah merupakan alat perancangan atau planning tool yang berkesan kepada Jururancang dalam usaha untuk memperbaiki susun-atur tanah, perancangan jalan-laluan dan organisasi prasarana infrastruktur yang lebih baik.

Terbitan edisi kedua ini telah mengambilkira perubahan-perubahan semasa dasar, peraturan perancangan, tanah dan keperluan teknikal yang dimuatkan di dalam edisi pertama tahun 2004.

Garis panduan tersebut adalah untuk kegunaan agensi kerajaan yang terlibat di dalam memproses permohonan berkenaan,  mereka yang dibolehkan melukis pelan pemecahan dan menghadapkan permohonan.

Peraturan-peraturan utama yang digariskan adalah:

1. Peraturan am Pemecahan dan Penyatuan  Tanah;

2. Pemecahan dan Penyatuan tanah berdasarkan syarat-syarat khas tanah yang terkandung di dalam Geran Tanah dan zon perancangan;

3. Pemecahan dan Penyatuan tanah  bagi tanah-tanah yang belum dimajukan dan tanah-tanah yang sudah didirikan bangunan;

4. Peraturan keluasan minima dan buka minima plot-plot pemecahan  tanah;

5. Peraturan garis bangunan;

6. Peraturan penyediaan simpanan jalan-laluan,  lebar jalan-laluan yang diperlukan mengikut jumlah plot pemecahan dan peruntukan jalan-laluan mengambil kira potensi kemajuan masa akan datang

7. Peraturan penyediaan kemudahan seperti sub-stesyen     elektrik; dan

8. Peraturan yang berkaitan dengan isu-isu pemilikan tanah  seperti tuntut waris.