Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaris Panduan Perancangan Tambahan Ubahsuai

Garis Panduan tersebut menggariskan  peraturan bagi tambahan atau ubahsuai untuk rumah jenis Kembar dan Teres sedia ada di kawasan-kawasan Skim  Perumahan Negara iaitu Rancangan Perumahan Negara (RPN), Skim  Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) dan perumahan Lembaga   Kemajuan Ekonomi atau BEDB.

Antara lain peraturan yang dikenakan bertujuan untuk    mengekalkan alam bina dan nilai estetik di kawasan-kawasan berkenaan dan menjamin kesejahteraan, keselamatan, keselesaan dan ruang persendirian (privacy) penduduk setempat  dalam hidup bermasyarakat atau berjiran pada skala kemajuan yang padat.

Peraturan-peraturan utama yang digariskan adalah seperti  berikut;

1. Peraturan parameter perancangan iaitu Garis Bangunan,  Nisbah Plot (Plot Ratio), anjakan bagi tambahan bangunan, Liputan Plot (Plot Coverage) dan jumlah keluasan lantai yang dibenarkan (Total Permissible Floor Area);

2. Peraturan  tambahan/ubahsuai rumah kediaman yang dibenarkan dan yang tidak  dibenarkan;

1. Garis bangunan;

2. Nisbah Plot dan had ketinggian bangunan;

3. Jumlah ruang lantai yang dibenarkan;

4. Buka dan saiz minima plot tanah dan bangunan industri jenis  teres.

5. Keperluan kawasan letak kenderaan dan tempat  pemunggahan;

6. Lebar minima jalan-laluan dalaman ;

7. Lebar laluan pejalan kaki atau kaki lima/koridor;

8. Rekabentuk bangunan

9. Keperluan lanskap dan ruang hijau

10. Keperluan zon penampan (buffer zone)

11. Tahap bising yang dibenarkan mengikut kawasan; dan

12. Keperluan lain seperti penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assesment/EIA), tempat pembuangan sisa toksik, rumah pekerja dan penyediaan Syarikat Pengurusan (Building Management Company)