Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMajlis perancangan guna tanah kebangsaan (MPGK)

Pengenalan

MPGK telah ditubuhkan pada tahun 2015 atas titah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam. MPGK adalah Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas penyelarasan semua dasar dan aktiviti berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. MPGK diwujudkan untuk memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan berdayatahan.

Tugas-tugas Majlis adalah seperti berikut:  

1.  Merangka dan memberi panduan dasar negara serta menggubal dasar baru atau meminda dasar yang berkaitan dengan     
     Perancangan Bandar dan Desa.

2.  Menimbangkan sebarang cadangan untuk meminda undang-undang Perancangan Bandar dan Desa dan peraturan-peraturan
     sedia ada.

3.  Menimbangkan sebarang cadangan untuk menyelaras mana-mana undang-undang lain yang menyentuh / berkaitan dengan
     Perancangan Bandar dan Desa.

4.  Menyelia penyediaan pelan pembangunan dengan memberi nasihat mengenai perkara berkaitan dengan perancangan guna  
     tanah.

5.  Mempastikan cadangan-cadangan dalam Pelan Pembangunan (Development Plans) yang berkepentingan dapat dilaksanakan
     mengikut tempoh sasaran pelaksanaan.

6.  Membuat sokongan bagi projek berkepentingan nasional diberikan keutamaan bagi kebenaran dan pelaksanaannya.

7.  Meneliti dan memutuskan isu-isu yang berkaitan dengan hal Perancangan Bandar dan Desa.

 Back