Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerancangan Guna Tanah

MENGAPA PERLU MERANCANG?

1. Mempastikan masa depan diambil kira (bagi memahami implikasi terhadap masa depan oleh kerana keputusan masakini);

2. Mewujudkan keserasian dari kemungkinan huru-hara atau ketidaktentuan di dalam fungsi hubungan di antara tanah dan ruang;

3. Mengawal lebihan tertentu proses pasaran di dalam pembangunan kawasan yang mempunyai kepentingan orang ramai;

4. Memperbaiki atau melindungi persekitaran di mana kependudukan kehidupan dan pekerjaan adalah harmoni di antara satu sama lain;

5. Menyelaras dan memandu pembangunan fizikal; dan

6. Mempastikan penggunaan tanah yang optima dan sumber-sumber diagihkan secara rasional.

ZON PERANCANGAN

ZON

KETERANGAN

PERLINDUNGAN LANSKAP DAN ALAM SEKITAR KEBANGSAAN
(National Landscape and Environmental Protection)

Kawasan yang mempunyai nilai alam sekitar yang tinggi dan penting kepada negara untuk pemuliharaan biodiversiti.

Lanskap dan pemandangan laut yang mempunyai kualiti pemandangan yang indah.

PERLINDUNGAN SUMBER
(Resource Protection)

Kawasan sumber semula jadi dan nilai pengeluaran luar bandar yang tinggi.

Merupakan asas sumber semula jadi yang diketahui untuk industri utama, termasuk simpanan hutan pengeluaran tanah pertanian yang berkualiti baik, sumber-sumber galian dan lain-lain.

PERBANDARAN
(Urban Footprint)

Tanah yang diperlukan untuk pembangunan bandar negara sehingga 2035.

Termasuk kawasan kemajuan yang sedia ada dan mempunyai penduduk yang sebahagian besarnya tergolong dalam lingkungan penduduk bandar. Kawasan bandar yang ditubuhkan berfungsi kebanyakannya bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan orang, termasuk kawasan perumahan dan tempat tinggal, perniagaan dan industri, aktiviti pekerjaan utama, kemudahan pasarana dan perkhidmatan, dan tempat-tempat rekreasi dan kawasan terbuka.

KAWASAN PENYELIDIKAN MASA DEPAN
(Future Investigation Areas)

Tanah yang dikenalpasti menyediakan peluang jangka masa depan untuk pertumbuhan Bandar melepasi tahun 2025 atau lebih awal jika dikehendaki.

Termasuk kawasan bandar yang ada dan greenfield sites yang berpotensi untuk pembangunan bandar pada masa depan.

Tanah yang kebanyakannya tidak dibebani oleh halangan fizikal yang diketahui untuk pembangunan.

LUAR BANDAR UMUM/ BUKAN-BANDAR
  (General Rural)

Tanah-tanah di kawasan zon ini lebih banyak memperlihatkan ciri-ciri tanah di pendalaman, mempunyai nilai yang rendah atau nilai sumber yang tidak diketahui.

Tanah yang tidak sesuai untuk ditentukan/ ditetapkan sebagai salah satu daripada empat zon guna tanah sebelumnya.

Tanah mungkin terhad oleh hal-hal kekangan/ halangan fizikal, lokasi terpencil dan menghadapi isu-isu kebolehan (accessibility issues).


PROSES MENGENALPASTI TAPAK KERAJAAN DAN GANTIAN TANAH