Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

DENDA KOMPAUN OpKEMAS

14 BUAH SYARIKAT TELAH DIKENAKAN DENDA KOMPAUN

DI BAWAH PERATURAN- PERATURAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA [KOMPOSISI KESALAHAN], 2018


22hb Januari 2022, semasa OpKEMAS yang dijalankan oleh Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa di Kampong Jangsak dan Kampong Kilanas, Mukim Kilanas, sebanyak 14 buah syarikat telah dikenakan denda kompaun kerana melanggar Peraturan – Peraturan  Perancangan Bandar dan Desa [Komposisi Kesalahan], 2018. Setiap syarikat yang berkenaan telah di denda kompaun sebanyak BND 250 bagi kesalahan pertama mereka dan semua pihak diberikan tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

  

Syarikat-Syarikat berkenaan didapati telah meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang di kawasan kaki lima premis perniagaan, tempat letak kereta, kawasan driveway premis perniagaan dan perusahaan. Kesalahan - kesalahan ini boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya.

 

Pihak Autoriti Perancang melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan untuk setiap kemajuan dan penggunaan tanah.

  

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di 8200 222.

#TogetherUsForBetterBrunei

Tarikh: 19 Jamadilakhir 1443H / 22 Januari 2022M


Attachments