Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

SESI DIALOG PROSEDUR MENGHADAPKAN PERMOHONAN KEBENARAN PERANCANGAN SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM e-KP BERSAMA PIHAK YANG LAYAK (Qualified Person)

Sesi Dialog kali kedua bagi tahun 2016 bersama Pihak Yang Layak (Qualified Person) telah diadakan pada 10 November 2016 semasa Konvensyen JPBD bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar dan Desa 2016 bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Unit Latihan dan Ujian Kemahiran Kementerian Pembangunan.  Tetamu Kehormat pada sesi dialog berkenaan adalah YM Tuan Shahrom bin Hj Awang Suhaimi, Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa.  Sesi dialog berkenaan juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JPBD, pegawai dan wargakerja teknikal dari ibu pejabat dan cawangan-cawangan, serta pihak yang layak yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan yang bertanggungjawab menghadapkan permohonan Kebenaran Perancangan ke pihak jabatan ini bagi mendapatkan kebenaran.

Antara objektif utama sesi dialog ini adalah bertujuan untuk metaklimatkan proses menghadapkan permohonan kemajuan secara atas talian menggunakan sistem e-KP. Taklimat disampaikan oleh YM Dayang Marsita Omar, Ketua Bahagian Kemajuan Daerah dan Penguatkuasaan, dan Awang Haji Jefrideen Haji Abd Rahman, Pengendali Sistem Kanan.  Sesi Soal Jawab juga turut diadakan bagi  memberi peluang pihak Qualified Person mengajukan soalan dan platform bagi  perkongsian maklumat.

Attachments