Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

PROJEK AMAL ‘NUR KASEH’

Jabatan Perancang Bandar dan Desa melalui Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS), Alhamdulillah sekali lagi telah melaksanakan projek amal 'Nur Kaseh' dengan memberikan sumbangan berbentuk pakaian dan makanan kepada salah sebuah NGO di Negara Brunei Darussalam yang mana akan mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan adalah dari ahli-ahli BKDS yang merupakan pegawai dan kakitangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Majlis tersebut telah diadakan di Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada 22hb Mac 2017. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Shahrom bin Haji Awang Suhaimi, Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa.

Attachments