Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

BENGKEL PROSES MENGHADAPKAN PERMOHONAN KEBENARAN PERANCANGAN SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM e-KP

Sebagai langkah di dalam memudahkan proses menghadapkan permohonan Kebenaran Perancangan, pihak JPBD telah mengadakan sesi bengkel bersama para arkitek, jurutera berdaftar dan tukang pelan pada 13 Mei 2017 bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Sesi bengkel berkenaan adalah merupakan initiatif tahunan jabatan di dalam menyampaikan maklumat terkini bagi proses menghadapkan permohonan Kebenaran Perancangan, serta bagi memberi peluang kepada para arkitek, jurutera berdaftar dan tukang pelan untuk berinteraksi di dalam membincangkan isu-isu yang dihadapi semasa memproses dan meneliti permohonan.  Sesi bengkel pada kali ini juga telah diselajurkan dengan sesi Klinik eKP bagi memberi peluang para arkitek, jurutera berdaftar dan tukang pelan untuk mengajukan soalan atau kesulitan khusus berkenaan dengan penggunaan sistem eKP.

Tetamu Kehormat Majlis adalah Dayang Hajah Zainab binti Haji Yusuf, Penolong Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa. Sesi bengkel juga turut dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan JPBD dan Divisyen Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan.

Sesi taklimat yang dibahagikan kepada dua bahagian telah disampaikan oleh Dayang Marsita binti Omar dan Dayang Nurizatul Izzah binti Hj Abd Rahman, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.  Bahagian pertama taklimat memfokaskan kepada penerangan mengenai pembaharuan ke atas proses menghadapkan Kebenaran Perancangan (process reform) yang baru diperkenalkan, jenis-jenis kemajuan yang memerlukan Kebenaran Perancangan, serta template lapuran tapak yang perlu dipatuhi semasa menghadapkan permohonan. Bahagian kedua taklimat pula memfokaskan kepada penerangan mengenai beberapa fungsi utama sistem eKP, termasuk beberapa pindaan yang baru diperkenalkan bagi memudahkan proses menghadapkan dan penelitian permohonan secara atas talian.

Attachments