Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1438H / 2017M

raya1.jpg

Jabatan Perancang Bandar dan Desa buat julung-julung kalinya telah diamanahkan untuk mengendalikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan pada 13 Syawal 1438H bersamaan dengan 8 Julai 2017M  bertempat di ruang lobi, bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Pembangunan berserta Pg Datin.

Di antara lain tujuan sambutan tersebut adalah bagi menzahirkan kesyukuran setelah menjalani ibadah puasa selama satu bulan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, ukhwah dan kerjasama di antara pegawai dan kakitangan di bawah kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis diserikan dengan acara persembahan pentas dan pertandingan kios sajian yang disertai oleh Kementerian Pembangunan dan kesemua jabatan-jabatan di bawahnya.  Selain itu acara cabutan tiket bertuah juga diadakan di mana hadiah-hadiah utama disumbangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Yang Mulia Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah Kerja Raya dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah YM Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), YM Haji Marzuke Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Professional dan Teknikal) yang disertai oleh isteri masing-masing dan YM Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

raya3.jpg

 

Attachments