Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2021


11 Disember 2021, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Majlis Ceramah Khas secara maya sebagai antara acara sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia pada tahun ini. 


Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan.


Ceramah khas yang bertajuk "Covid19: Allah Sayang" telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy Bin Haji Awang Yussof, Pensyarah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA. Ceramah tersebut antara lain menekankan pentingnya sentiasa bersangka baik Covid-19 sebagai ujian dari Allah Swt, termasuk menghayati dengan penuh keinsafan beberapa hikmah disebaliknya. Justeru, perlunya kita semua sentiasa bermusabah diri dan mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan seperti nikmat sihat, nikmat berkeluarga dan nikmat bermasyarakat selain perlunya untuk meningkatkan ketahanan diri dengan sentiasa bersabar dan memanjatkan doa  dalam menghadapi ujian yang diberikan. Semasa menjalani fasa peralihan dan persiapan ke era endemik kelak di mana perlunya warga perkhidmatan awam khususnya untuk menyesuaikan diri dengan beberapa norma baharu, kandungan ceramah juga turut menekankan sifat tanggungjawab dan disiplin diri  dengan menjadikan tugasan kerja masing masing sebagai amanah yang perlu ditangani secara hikmah dan bijaksana. Sesi ceramah juga turut mengongsikan beberapa doa harian untuk diamalkan.


Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai dan Kakitangan dibawah Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Attachments