Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

JASAMU DIKENANG


Satu majlis penyampaian Cenderahati Penghargaan kepada enam orang warga kerja jabatan yang telah / akan menamatkan perkhidmatan telah diadakan pada 28hb Disember 2021 bersamaan dengan 23 Jamadilawal 1443H bertempat di Bilik Mutiara, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan.

Majlis tersebut dihadiri  oleh YM Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, pegawai-pegawai Kanan serta ahli – ahli Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS) selaku penganjur majlis berkenaan. Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada 17 orang Sukarelawan Covid-19 Jabatan Perancang Bandar dan Desa, serta sumbangan suka duka BKDS kepada dua orang penerima. 



Di kesempatan ini, pihak jabatan ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada para / bakal pesara yang telah berkhidmat dengan kerajaan lebih kurang 30 tahun, serta ucapan terima kasih kepada para ‘hero jabatan’ yang mewakili jabatan selaku sukarelawan Covid-19 di atas semangat perjuangan dan pengorbanan mereka terutamanya ketika negara kita sedang berusaha membendung wabak penularan COVID-19.


Attachments