|
LAWATAN MENTERI PEMBANGUNAN KE TEMBURONG |
||
|
|
||
|
Menteri Pembangunan Yang Berhormat, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar bersama-sama Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin Orang Kaya Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak projek-projek di Daerah Temburong. Rombongan bertolak dari jeti Bandar Seri Begawan jam 7.30 pagi. |
||