MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH TEN-PIN BOWLING

 

 

   

 
 

Majlis tersebut telah diadakan sebelah malam di Pusat Utama Bowling. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional), Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim sebaik-baik sahaja acara ten-pin bowling kategori terhad  dipertandingkan dimana seramai 6 buah pasukan menyertai acara tersebut.  Turut menyertai pertandingan itu ialah Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional) sendiri dan Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah.

Sebelum ini, satu majlis pembukaan rasmi telah di adakan pada hari Jumaat, 15 September 2006 ditempat sama yang mana Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional) juga menjadi Tetamu Kehormat.  Beberapa acara juga dipertandingan termasuk kategori lelaki dan perempuan berpasukan / perseorangan.

Johan keseluruhan bagi acara ten-pin bowling tahun 2006 di rangkul oleh Jabatan Tanah dan Naib Johan pula jatuh kepada Jabatan Ukur.

Acara ten-pin bowling ini adalah merupakan salah satu  aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan dan pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya.