WALKATON EMAS 60

 
     
 

Acara tersebut telah diadakan di Taman Haji Sir Omar Ali Saifuddien bermula 6.30 pagi.

Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat untuk menyertai Walkaton tersebut.

Ikut juga menyertai walkaton tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat, Pehin Orang kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia  Awang Haji Abdullah bin Bagawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussien, Setiausah Tetap (Teknikal & Proffesional), Yang Mulia, Awang Haji Mohd Said bin POKPS DP Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Haji Hepnie bin OKPSD Hj Hanafiah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.