LAWATAN MENTERI PEMBANGUNAN KE TAPAK-TAPAK PROJEK  
 

 

 

 
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan, pagi tadi bersama rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek. 

Projek-projek yang di lawati ialah Dewan Majlis di Jalan Kebangsaan, ke Rumah Teres Rancangan Perumahan Negara Kampong Mentiri, Tapak Perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Sungai Buloh, Tanah Jambu dan akhir sekali ialah Pengaliran Sungai Berakas.  Tujuan lawatan ialah untuk melihat perkembangan projek-projek berkenaan. 

Juga mengikuti rombongan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.