LAWATAN KERJA MENTERI PEMBANGUNAN KE DAERAH TEMBURONG  
 

 

 
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan bersama rombongan, tadi pagi mengadakan lawatan ke beberapa tapak projek bertempat di  Daerah Temburong.

Lawatan bermula ke projek Loji Penapisan Air di Sumbiling, Batang Duri.  Projek yang bernilai $10 juta ini termasuk Pembekalan Air Temburong – Peringkat 3, Pemasangan Paip, Galeri Penapis Air dan Pam Rawatan Air.  Pada masa ini perlaksanaan projek tersebut ialah 86%.  Seterusnya rombongan melawat ke projek Pembinaan Bangunan Bomba di kawasan Perumahan Rataie yang mana perlaksanaannya maseh di peringkat awal.  Projek-projek lain yang juga dilawati ialah Jalan Belais yang terjejas akibat tanah susur dan  Pembinaan/Membaiki Jalan di Kampong Labu pembinaannya. 

Lawatan diteruskan disebelah petang ke projek-projek yang maseh dalam perlaksaan seperti Kompleks Sukan dan Kompleks Bangunan Jabatan Pegawai Daerah manakala projek Bangunan Perdagangan sudahpun siap. 

Turut bersama-sama dalam rombongan Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan,  Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.