LAWATAN KERJA MENTERI PEMBANGUNAN KE REPUBLIK SINGAPURA

 

 

   

 
 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji Bakar, Menteri Pembangunan berserta beberapa Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan kemarin pagi berangkat ke Republik Singapura untuk lawatan kerja mulai 4 hingga 6 Disember 2006.

Lawatan kerja tersebut adalah atas jemputan daripada Yang Berhormat Mah Bow Tan, Menteri Pembangunan Kebangsaan Singapura yang mana telah pun dibahagikan kepada dua (2) rombongan.  Rombongan pertama telah pun mengadakan lawatan pada 19 hingga 21 September 2006, di ketuai oleh Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan berserta dengan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan.

Selama berada 3 hari di sana, beberapa program lawatan telahpun diaturkan seperti untuk meninjau peranan dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan Kebangsaan Singapura disamping mengadakan perbincangan kemungkinan untuk mengujudkan satu rangkaian bidang kerjasama dan pertukaran maklumat dikedua buah Kementerian, serta mengadakan perbincanganserta melawat ke beberapa buah agensi dibawah Kementerian berkenaan seperti Urban Regional Authority, tinjauan ke Teluk Singapura bagi melihat secara dekat pengurusan dan kawalan pembersihan sungai-sungai serta teluk-teluk, lawatan ke beberapa buah kawasan perumahan yang berjaya dimajukan sebagai satu Bandar, lawatan ke kawasan-kawasan rekreasi dan taman-taman riadah.

Berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat belayar kepada Yang Berhormat Pehin dan rombongan ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal & Professional), Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan) dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit.