- ​PENTADBIRAN
- KEWANGAN
- TEKNOLOGI MAKLUMAT
- PENGURUSAN ASET
- URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA
- PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. PENTADBIRAN - Memproses pengambilan pegawai dan kakitangan yang baru (gaji bulan dan gaji hari).
- Memproses permohonan-permohonan seperti cuti, memangku, elaun-elaun pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.
- Memproses sokongan-sokongan pingat dan Bintang Kebesaran Negara.
- Memproses dan mempertimbangkan sokongan-sokongan kenaikan pangkat dan penetapan jawatan.
- Pengendalian Sistem Sumber Manusia (SSM).
- Penyelaras aktiviti-aktiviti Kementerian Pembangunan.
- Memproses persuratan-persuratan dengan lain-lain agensi Kerajaan, swasta, persendirian dan jabatan-jabatan di bawahnya.
2. KEWANGAN - Peruntukan Tahunan
- Urusetia permohonan Anggaran Peruntukan Tahunan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
- Proses Waran Pindah yang dibenarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
- Laporan Bulanan Peruntukan dan Perbelanjaan.
- Pembayaran
- Pembayaran gaji dan elaun-elaun kakitangan bergaji bulan dan bergaji hari.
- Pembayaran 'petty cash', pembelian barang, perkhidmatan dan kontrak serta lain-lain.
- Pemantauan tunggakan bayaran.
- Kutipan Hasil
- Menyediakan Anggaran Tahunan Kutipan Hasil.
- Menerima dan menyimpan kutipan hasil setiap hari bekerja (kecuali Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan).
- Laporan hasil setiap suku tahun.
- Waran Udara
- Memproses permohonan tiket penerbangan pegawai yang menghadiri kursus.
- Lembaga Tawaran Kecil
- Mengiklankan setiap tawaran dalam laman sesawang Kerajaan.
- Membuka dan membatalkan tawaran.
- Sokongan dan kebenaran tawaran / pesanan perubahan (VO).
- Menyediakan senarai syarikat-syarikat yang ditegah untuk menyertai tawaran.
- Laporan tawaran setiap suku tahun.
3. TEKNOLOGI MAKLUMAT - Membuat perancangan yang inovatif menjurus kearah mencapai misi Kementerian Pembangunan sejajar dengan matlamat e-Kerajaan.
- Memastikan aplikasi, perisian sistem dan peralatan komputer di Kementerian Pembangunan terpelihara dan berfungsi dengan baik.
- Memastikan infrastruktur rangkaian di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya berfungsi dengan teratur, terkawal dan dijamin keselamatannya selaras dengan dasar e-Kerajaan.
- Menyelaras projek-projek e-Kerajaan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
4. PENGURUSAN ASET - Memastikan semua premis bangunan luar dan dalam adalah sentiasa bersih.
- Memastikan keselamatan luar dan dalam bangunan sentiasa terjamin.
- Melaksanakan kerja-kerja pemantauan sepanjang masa ke atas semua kepentingan atau aset-aset milik organisasi.
5. URUSETIA JAWATANKUASA PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA - Memastikan harta benda yang dipohonkan adalah dibawah bidangkuasa Jawatankuasa.
- Proses permohonan yang lancar.
- Penelitian Laporan Pemeriksaan daripada agensi-agensi yang berkenaan.
- Penelitian dan penyediaan dokumen yang disokong untuk dihadapkan kepada Lembaga Pemeriksa Tetap, Kementerian Kewangan.
- Mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Penasihat Penghapusan Harta Benda Kerajaan, Kementerian Kewangan.
- Tatacara permohonan penghapusan adalah berpandukan daripada Lembaga Pemeriksa Tetap, Kementerian Kewangan.
6. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA - Menyediakan program-program perkembangan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk meningkatkan potensi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi persediaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.
- Mengenalpasti program profesional dan menjalankan program yang berstruktur kepada:
- Pegawai Professional - Bagi membolehkan mereka memperolehi kemahiran yang diperlukan untuk menjadi ahli badan profesional antarabangsa seperti Institute of Chartered Engineers (ICE), Royal Institute of British Architects (RIBA), Royal Institute of Chartered Surveyors (RICS), Institute of Mechanical Engineers (IMechE), Royal Town Planning Insitute (RTPI) dan sebagainya.
- Kakitangan Teknikal dalam Divisyen IV dan V - Program yang disediakan mengandungi core dan specialist modules bagi membolehkan mereka menjalankan tugas harian dengan efisyen dan efektif.
- Melaksanakan succession planning bagi jawatan-jawatan utama di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk mewujudkan kesinambungan pegawai-pegawai yang berpotensi tinggi untuk dikenal pasti sebagai successor bagi jawatan seterusnya dan memastikan pegawai-pegawai tersebut akan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
|