| | 5 Disember 2019 - Penilaian pasaran harta tanah tidak boleh dianggap sebagai cara untuk memaksimakan keuntungan sama ada kepada para Pemaju atau pendapatan seseorang Ejen Harta Tanah, ataupun para Penilai dan institusi kewangan dengan mengeksploitasi golongan pengguna atau pelanggan. |  |
| | 29 November 2019 - Kementerian Pembangunan merupakan naib johan Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan di Pertandingan Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara bagi Tahun 1441 Hijrah. |  |
| | 26 November 2019 - Jabatan Kerja Raya ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama penduduk Daerah Tutong bahawa kaunter pembayaran bil air yang terletak di Bangunan Pejabat Daerah Tutong akan ditutup dan berhenti menerima pembayaran mulai hari Rabu, 27 November 2019. |  |
| | 24 November 2019 - Program Masjidku Makmur, Negara Berkat yang dikelolakan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pembangunan ini diisikan dengan tazkirah bertajuk 'Islam Agama Kebersihan'. |  |
| | 23 November 2019 - Kementerian Pembangunan melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah mengadakan Majlis Pelancaran Local Business Development Circular di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. |  |
| | 23 November 2019 - Pasukan Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya muncul johan Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Kategori Lelaki manakala pasukan Jabatan Ukur adalah johan bagi Kategori Perempuan. |  |
| | 21 November 2019 - Dalam usaha meningkatkan keselamatan dan keselesaan bagi para pengguna jalan raya, sebanyak tiga kontrak perjanjian ditandatangani pada Majlis Menandatangani Kontrak dan Penyerahan Dokumen Kontrak bagi Projek-Projek Jabatan Kerja Raya. |  |
| | 18 November 2019 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan anak-anak kunci rumah kepada 234 orang penerima di bawah RPN bagi Daerah Temburong. |  |
| | 4 November 2019 - Jabatan Perancang Bandar dan Desa mengadakan majlis sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang jatuh pada 8 November setiap tahun. | |
| | 31 Oktober 2019 - Seramai 181 orang pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang bersara pada tahun 2018 menerima sijil dan cenderahati pada majlis penghargaan yang diadakan di Kementerian Pembangunan. |  |
| | 29 Oktober 2019 - Kementerian Pembangunan menghadiri undangan majlis dikir maulud sempena memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah diadakan di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam. |  |
| | 27 Oktober 2019 - Jabatan Ukur muncul juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2019 setelah menewaskan Jabatan Perkhidmatan Air. |  |
| | 22 Oktober 2019 - Satu sesi muzakarah bagi pegawai-pegawai B2 yang baru berkhidmat dan jurutera-jurutera di Kementerian Pembangunan bersama Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. |  |
| | 22 Oktober 2019 - Rombongan seramai 35 orang dari Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Pembangunan. |  |
| | 13 Oktober 2019 - Kejohanan Tenpin Bowling Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan dibawahnya anjuran Jabatan Tanah berlangsung selama empat hari bermula 9 Oktober diadakan di Pusat Utama Bowling, Batu Satu. |  |
| | 11 Oktober 2019 - Projek Jambatan Temburong hari ini mencatatkan satu lagi pencapaian khususnya bagi Kontrak Pakej CC3 – Jambatan Navigasi dimana pagi tadi telah berlangsung pemasangan Lambang Menara di atas menara pertama bagi Projek Jambatan Temburong. |  |
| | 10 Oktober 2019 - Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kanser Brunei, PJSC dan Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei mengendalikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang diadakan di Kementerian Pembangunan. |  |
| | 10 Oktober 2019 - Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN ke-15 mengenai Alam Sekitar dan Persidangan ke-15 Ahli‐ahli Parti Kepada Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan telah diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2019 di Siem Reap, Kemboja. |  |
| | 8 Oktober 2019 - Derma darah sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2019 akan diadakan pada hari Khamis, 10 Oktober 2019 bertempat di Tingkat 1, bangunan Kementerian Pembangunan, Jalan Pembangunan, Berakas. |  |
| | 6 Oktober 2019 - Jabatan Kerja Raya ingin memaklumkan kepada orang ramai, khususnya penduduk di kawasan RPN Rimba bahawa lampu isyarat persimpangan Jalan 18 / simpang 177-10, RPN Rimba telah mula beroperasi pada 5 Oktober 2019. |  |
| | 5 Oktober 2019 - Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Jerayawara Pelan Pembangunan dan Kawalan Kemajuan Daerah Belait di Dewan Bandaran Kuala Beliat dengan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa. |  |
| | 5 Oktober 2019 - Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin telah melancarkan The Regional Faraday Challenge anjuran The Institution of Engineering and Technology (IET) Brunei Darussalam. |  |
| | 4 Oktober 2019 - Yang Berhormat Menteri Pembangunan menghadiri Persidangan Islam Kelapan bagi Menteri-menteri Alam Sekitar bertempat di Ibu Pejabat Organisasi Pendidikan Islam, Saintifik dan Budaya, Rabat, Maghribi pada 2 hingga 3 Oktober 2019. |  |
| | 30 September 2019 - Yang Berhormat Menteri Pembangunan berada di London, United Kingdom atas undangan khas pihak Institution of Civil Engineers (ICE) bagi menerima sijil pengiktirafan keahlian Fellowship of Chartered Civil Engineer. |  |
| | 22 September 2019 - Jabatan Ukur 'A' muncul johan bagi Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan di Dewan Hangar, Jabatan Kerja Raya. |  |
| | 21 September 2019 - Jabatan Saliran dan Pembetungan dan Jabatan Perkhidmatan Air telah mengelolakan bersama Majlis Sambutan Awal Tahun 1441 Hijrah yang diselajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya. |  |
| | 18 September 2019 - Sesi Muzakarah Kementerian Pembangunan Bersama Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara merupakan satu platform bagi pihak kementerian menyalurkan informasi terkini atau pencerahan mengenai perkhidmatan, peranan dan tanggungjawab kementerian. |  |
| | 17 September 2019 - Rombongan seramai 14 orang yang terdiri daripada Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek yang telah dikenal pasti di bawah Kementerian Pembangunan. |  |
| | 17 September 2019 - Kualiti udara yang dicatatkan di semua stesen pemantauan kualiti udara di kesemua daerah adalah tinggi berbanding dengan hari-hari biasa, namun kualiti udara bagi negara ini keseluruhannya adalah di tahap sederhana. |  |
| | 15 September 2019 - Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi akan terus memantau kualiti udara dari masa ke semasa manakala orang ramai akan dimaklumkan mengenainya melalui stesen-stesen radio RTB dan laman sesawang jabatan. |  |