Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatest News

  
Description
Front image
  

1 Disember 2025 – Satu majlis makan malam telah diadakan bagi mengalu-alukan kehadiran peserta Bengkel Teknikal ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) Ke-4 anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Program Geosains di Asia Timur dan Asia Tenggara (CCOP) ke negara ini.


4_Majlis makan malam bengkel teknikal AKCF ke-4_c.JPG

  

1 Disember 2025 – Sesi pembukaan Bengkel Teknikal ASEAN-Korea Cooperation Fund Kali Ke-4 bagi pengurusan mineral yang kritikal dan strategi yang mampan untuk alam sekitar di negara-negara ASEAN, menghimpunkan pakar, pengamal serta pegawai teknikal dari kesemua negara anggota ASEAN dan Republik Korea.

3_Pembukaan bengkel teknikal AKCF ke-4_c.jpeg

  

18 November 2025 – Kementerian Pembangunan melalui Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah (BoVEA) telah menganjurkan Program Pendidikan Profesional Berterusan - BoVEA CPE Course Siri Ke-4: 01/2025 yang bertemakan “Bersama Mendokong Kemajuan Profesional".

9_BoVEA CPE Course Series 4 012025_c.JPG

  

10 November 2025 – Beberapa aktiviti telahpun tersusun sedia selama lima hari mulai 10 November sehingga 15 November 2025 bertempat di Dewan Betabur dan ruang legar Tingkat 1, Kementerian Pembangunan, yang dibukakan bagi kunjungan orang ramai.

2_Pelancaran sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2025_c.JPG

  

3 November 2025 – Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Dua Hala Dalam Persekitaran Binaan Yang Mampan dan Boleh Didiami.

2_MoU Brunei-Singapura mengenai kerjasama dalam persekitaran binaan mampan_c.jpeg

  

1 November 2025 – Sebuah syarikat telah dijatuhi hukuman denda sebanyak $10,000 oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah atas kesalahan dibawah Seksyen 43(2)(2) Akta Kawalan Bangunan.


Denda.png

  

25 Oktober 2025 – Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) bersama Divisyen Pelaburan dan Undang-Undang, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan Kuasa bagi perlaksanaan Akta Kawalan Bangunan Penggal 256.

3_Penyampaian surat lantikan kuasa bagi perlaksanaan Akta Kawalan Bangunan Penggal 256_c.JPG

  

11 Oktober 2025 – Majlis Pertandingan dan Pertunjukan Bunga-Bunga Hidup sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 bagi Tahun 2025, Peringkat Daerah Brunei dan Muara telah dirasmikan dan dibukakan bagi kunjungan orang ramai.

1_Perasmian pertandingan dan pertunjukan bunga-bunga hidup_c.jpg

  

9 Oktober 2025 – Memorandum persefahaman ini merupakan salah satu titik tolak bagi mengeratkan hubungan kerjasama di antara Kementerian Pembangunan dan IBTE yang bertujuan untuk mempromosikan pembangunan sumber manusia berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan dan permintaan industri harta tanah di Negara Brunei Darussalam.

3_Majlis menandatangani MoU, BoVEA dan IBTE_c.jpg

  

​7 Oktober 2025 – Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

2_Doa kesyukuran sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri_c.JPG

  

6 Oktober 2025 – Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan memperingati Hari Habitat Sedunia tahun ini dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran.


4_Memperingati Hari Habitat Sedunia 2025_c.jpeg

  

29 September 2025 – Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Singapura bersama rombongan yang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja.

1_Kunjungan hormat Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Singapura_c.jpeg

  

27 September 2025 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, berkenan berangkat ke Majlis Forum Perdana Majlis Ilmu 2025 sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 Tahun.

Majlis Ilmu 2025_c.jpg

  

​9 September 2025 – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

2_Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1447_c.JPG

  

06 September 2025 - Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menyertai Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam Peringkat Negara bagi Tahun 1447 Hijrah.

1_Perhimpunan dan perarakan sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi Tahun 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi_c.jpeg

  

03 September 2025 - Seramai lebih kurang 55 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah menghadiri Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di Masjid Kampung Kilanas.

1_Rombongan Kementerian Pembangunan Meneruskan Majlis Maulud Dikir di Masjid Kampung Kilanas_c.jpeg

  

03 September 2025 - ​Dari 7 buah syarikat dan 3 orang individu yang telah diberikan amaran, 1 buah syarikat telah dikenakan denda kompaun kerana tidak mematuhi amaran pihak yang berkuasa dan telah melanggar Peraturan – Peraturan Perancangan Bandar dan Desa [Komposisi Kesalahan], 2018 iaitu meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan letak kenderaan bagi salah satu premis perniagaan di Mukim Berakas.

opkemas Ogos 05-2025.jpeg

  

​30 Ogos 2025 - Rombongan Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Shallalahu 'Alaihi Wasallam diteruskan lagi untuk malam kelapan di Istana Nurul Iman.

HHH_8425.JPG

  

​30 Ogos 2025 - Bagi menyambut dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallalahu 'Alaihi Wasallam. rombongan Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis Dikir di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada malam ini. Majlis berkenaan dianjurkan bersama oleh ahli jawatankuasa Takmir Masjid dan Muslimah Masjid Universiti berkenaan.

WhatsApp Image 2025-09-01 at 10.45.09 AM.jpeg

  

​28 Ogos 2025 - Majlis Penyampaian Hadiah bagi Program YouLEARn (“Youth Learn, Empower and Advocate for a Resilient Environment”) Belia BRUNAS 2025 telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan. Program ini merupakan satu platform yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan memberi peluang kepada belia-belia di Negara Brunei Darussalam untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar yang memberi impak yang lebih bermakna dan berpanjangan, dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar negara.

Tetamu Kehormat & Para Peserta Program YouLEARn Belia BRUNAS 2025.jpeg

  

28 Ogos 2025- ​Rombongan Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis Dikir Maulud di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar pada 28 Ogos 2025 sebagai sebahagian daripada aktiviti keagamaan tahunan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallalahu 'Alaihi Wasallam. 

0053a1f0-07bd-4e14-9a13-7532591b5ee1.jpeg

  

28 Ogos 2025 - Kementerian Pembangunan melalui kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan telah mengadakan Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi bulan Ogos.




​​e2b48b51-fea9-48c3-9bec-ff3a9eaedec7.jpeg

  

27 Ogos 2025 - ​Rombongan Kementerian Pembangunan menghadiri Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi, bertempat di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah.

IMG_7411.jpeg

  

21 Ogos 2025 – Satu rombongan dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Pembangunan dengan objektif memahami proses pendaftaran Penilai dan Ejen Harta Tanah di bawah Lembaga Penilai dan Ejen Harta Tanah.

2_Lawatan sambil belajar penuntut IBTE_c.JPG

  

16 Ogos 2025 – Kementerian Pembangunan meneruskan lagi siri taklimat pemberigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 pada dua sesi berbeza kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dilantik dan Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Syariah baru-baru ini.

2_Taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan), 2025_c.JPG

  

2 Ogos 2025 – Projek pembinaan dua buah jejambat di persimpangan Jalan Utama Mentiri dan di persimpangan Jalan Muara serta pembinaan Jalan Penghubung Tanah Jambu dan jalan susur daripada Perumahan Negara Kampung Panchor, Mengkubau ke Jalan Utama Mentiri telah pun siap dilaksanakan dan mula dibuka kepada pengguna jalan raya.

1_Jejambat di persimpangan Jalan Utama Mentiri dan Jalan Muara dibuka_c.jpeg

  

31 Julai 2025 – Kementerian Pembangunan melalui kerjasama diantara Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya, Unit Lembaga Tawaran Kecil dan Unit Perhubungan Awam telah mengadakan Majlis Munajat, Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi bulan Julai.

1_Majlis munajat dan tahlil bagi bulan Julai_c.JPG

  

30 Julai 2025 – Kementerian Pembangunan meneruskan lagi siri taklimat pembarigaan mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 kepada pegawai dan kakitangan dari Jabatan Daerah dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

1_Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 diteruskan_c.jpeg

  

17 Julai 2025 – Lebih kurang 50 pengamal undang-undang swasta telah menghadiri taklimat pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang diadakan di Kementerian Pembangunan.

1_Pembarigaan Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025 bersama pengamal undang-undang_c.jpeg

  

15 Julai 2025 – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan dengan ini memaklumkan mengenai Perintah Kanun Tanah (Pindaan), 2025 [Land Code (Amendment) Order 'LCAO' 2025] untuk mula berkuatkuasa pada 1hb Ogos 2025.

Perintah Kanun Tanah (Pindaan) 2025_c.jpg

1 - 30Next