Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMenteri Kementerian Pembangunan

​​​Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.jpg

YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA AWANG HAJI BAHRIN BIN ABDULLAH
MENTERI PEMBANGUNAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
 
 

YB Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah merupakan graduan lulusan dari Wolverhampton Polytechnic, England (sekarang dikenali sebagai Wolverhampton University) dalam bidang Economics pada tahun 1983. Pada tahun 1996, beliau memperolehi Ijazah Sarjana lanjutan iaitu Masters in Business Administration (MBA) Strategic Management majoring in Finance dari Stratclyde Graduate Business School, University of Stratclyde, Scotland.

YB Dato mula berkhidmat dengan kerajaan sebagai Pegawai Pelaburan di Agensi Pelaburan Brunei pada tahun 1983. Pada tahun 1988, YB Dato dihantar ke pejabat Agensi Pelaburan Brunei di London, United Kingdom sebelum menjawat jawatan sebagai Pegawai Pelaburan Kanan pada tahun 1994. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengarah (Venture Capital and Strategic Investment Department) di Agensi Pelaburan Brunei pada tahun 1998. Pada tahun 2003, beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Urusan/Pengurus Am (Research and Business Development/Venture Capital and Strategic Investment Department) di Agensi Pelaburan Brunei, dan seterusnya menjadi Penolong Pengarah Urusan Kanan (External Fund Management Department and Venture Capital and Strategic Investment Department) pada tahun 2005.

YB Dato dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan pada tahun 2006 dan kemudian dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan pada tahun 2008. Pada tahun 2010, YB Dato dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi Timbalan Menteri Kewangan. Seterusnya pada 22 Oktober 2015, YB Dato dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi Menteri Pembangunan sehingga sekarang.

Pada 15 Julai 2016, YB Dato telah dikurniakan bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia'.

YB Dato berkahwin dengan Pengiran Datin Hajah Noorsiah binti Pengiran Hamdan dan dikurniakan dengan tiga orang anak.