Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSetiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional)

 
IR. AWANG HAJI AMER HISHAMUDDIN BIN PEHIN ORANG KAYA AMAR PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ZAKARIA
SETIAUSAHA TETAP (INFRASTRUKTUR, PERUMAHAN DAN PROFESIONAL)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN‚Äč
 
Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan pada 10 Ogos 2018.
 
Sebelum perlantikan tersebut, beliau mula berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Kerja Raya sebagai Jurutera pada tahun 1990 di Bahagian Pemeliharaan Jalan Raya dan telah bertugas di beberapa fungsi di Jabatan Kerja Raya. Beliau terlibat dalam program pengawalan banjir di Bahagian Saliran dari tahun 1992 hingga tahun 2005, sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya dari tahun 2005 hingga tahun 2011 dan dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya pada tahun 2013.
 
Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin menjawat jawatan Pengarah Kemajuan Perumahan pada tahun 2015 sebelum ditetapkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya pada tahun 2016.
 
Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin telah menerima ijazah Sarjana Muda BSc. (Honours) Civil Engineering dari The City University, London pada tahun 1990. Beliau juga merupakan ahli Badan Berkanun Profesional Kejuruteraan (Chartered Engineer) dari Institution of Civil Engineering, United Kingdom dan juga ahli Persatuan Ukur, Jurutera dan Arkitek, Brunei (PUJA) dan berdaftar sebagai jurutera profesional dibawah Board of Architects, Professional Engineers and Quantity Surveyors (BAPEQS). Pada tahun 2005, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang MSc. Hydrology for Environmental Management di Imperial College, London.
 
Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin telah dianugerahkan dengan pingat-pingat kehormatan dan bintang-bintang kebesaran dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan seperti Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) pada tahun 2001, Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia, Darjah Keempat (PSB) pada tahun 2008, Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei, Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) pada tahun 2012, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada tahun 2016 dan Pingat Kerja Lama (PKL) pada tahun 2017.