| | 09/09/2023 12:00 PM | Sabtu, 09 September 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan bagi mengisikan jawatan kosong Site Staff bagi Tapak Bina Projek - Projek Rancangan Perumahan Negara. Tarikh tutup menghantar permohonan ialah pada Hari Isnin, 25 September 2023, jam 4.00 petang. Borang permohonan bolehlah diperolehi dengan memuat turun di laman sesawang www.housing.gov.bn. | 
|
| | 05/09/2023 04:00 PM | Selasa, 05 September 2023 - Seramai 32 orang peserta Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Dasar Awam dan Pengurusan bagi Pegawai-pegawai Kanan Siri 18/2023, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kemajuan Perumahan pagi tadi. Rombongan dialu-alukan oleh YM Dayang Raihanah binti Haji Azahari, Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan.
| 
|
| | 08/08/2023 04:00 PM | Selasa, 08 Ogos 2023 - Majlis Perletakan Batu Asas bagi projek Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7 telah disempurnakan pagi tadi oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan. Projek Perumahan Negara dibawah Rancangan Kemajuan Negara ke 11 ini, akan menyediakan 950 unit rumah jenis teres, diatas tapak seluas 80 Hektar. Projek ini bernilai lebih dari BND 96 juta dan dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan.
| 
|
| | 01/07/2023 04:00 PM | Sabtu, 01 Julai 2023 - Majlis Penganugerahan Penggeranan Tanah-Tanah Lesen Tumpang Sementara di bawah Skim Penggeranan Tanah Lesen Tumpang Sementara bagi Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong serta Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah, Unit Pangsapuri dan Lot-Lot Tanah di bawah Skim Perumahan Negara bagi Daerah Brunei-Muara kepada seramai 626 orang penerima.
| 
|
| | 07/06/2023 04:00 PM | Rabu, 07 Jun 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di Unit Peruntukan, Bahagian Pengurusan Permohonan di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan,
Lapangan Terbang Lama Berakas akan ditutup sementara mulai
petang Khamis, 19 Zulkaedah 1444H dengan 08 Jun 2023M hingga pagi Sabtu, 21
Zulkaedah 1444H bersamaan 09 Jun 2023M. Perkhidmatan
kaunter akan kembali
beroperasi seperti biasa pada petang 09 Jun 2023M. Pihak
Jabatan memohon maaf diatas sebarang kesulitan.
| 
|
| | 22/04/2023 12:00 AM | Sabtu, 22 April 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bulan Ramadhan bertempat di Dewan Muwafaqah, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan di Berakas. Majlis diadakan bagi menandakan sempurnanya Majlis Tadarus yang diadakan oleh Pegawai dan Kakitangan JKP disepanjang bulan Ramadhan 1444H. Anak-Anak Yatim bagi warga JKP juga diraikan dengan penyampaian sumbangan derma oleh tetamu kehormat majlis.
| 
|
| | 17/04/2023 06:00 PM | Isnin, 17 April 2023 - Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan dan Jabatan - Jabatan di bawahnya bagi Tahun 1444H/ 2023M petang tadi dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan di Masjid RPN Kg. Lambak Kanan. Majlis diselajurkan dengan Tahlil dan Berbuka Puasa, hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
| 
|
| | 25/03/2023 12:00 AM | Sabtu, 25 Mac 2023 - Berikutan dengan video tular di media sosial mengenai pekerja pembinaan mogok di tapak projek Perumahan Negara Kg. Lugu disebabkan tidak menerima gaji selama 3 bulan, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) mengesahkan bahawa perkara tersebut adalah TIDAK SAHIH. Berdasarkan pada hasil penemuan Jabatan Kemajuan Perumahan, tidak ada kelewatan pembayaran selama 3 bulan kepada pekerja pembinaan projek berkenaan.
|
|
| | 22/03/2023 08:00 AM | Selasa, 22 Mac 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sepanjang bulan Ramadhan 1444 Hijrah, terdapat perubahan bagi waktu perkhidmatan bagi kaunter bahagian permohonan dan semua perkhidmatan kaunter bahagian pembayaran di Ibu Pejabat JKP, Lapangan Terbang Lama dan kesemua kaunter pembayaran di Cawangan-Cawangan JKP.
| 
|
| | 06/03/2023 04:00 PM | Isnin, 06 Mac 2023 - 5 buah kenderaan terbiar terletak di pinggir bahu jalan raya dan kawasan 'hammer head' di Jalan Wasai Limuru dan Wasai Limuru Barat, Perumahan Negara Tanah Jambu telah diambil tindakan dan dipindah oleh pihak berkuasa semasa Operasi Kenderaan Terbiar pada 15 Februari 2023 lalu. Operasi dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) dengan kerjasama agensi-agensi berkuasa, iaitu pihak Pasukan Polis Diraja Brunei, pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) serta Ketua Kampong Perumahan Negara Tanah Jambu.
|
|
| | 18/02/2023 08:00 AM | Khamis, 16 Februari 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi pegawai dan kakitangan yang bersara bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan. Seramai 17 orang pegawai dan kakitangan bersara pada tahun 2022 diraikan di Majlis tersebut. Tetamu Kehormat majlis, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pengarah Kemajuan Perumahan menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada pada pesara.
| 
|
| | 05/01/2023 04:00 PM | Khamis, 05 Januari 2023 - Kontrak perjanjian bagi projek Perumahan Negara Kg Tanah Jambu, Fasa 7 termasuk rekabentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres telah ditemeterai diantara Jabatan Kemajuan Perumahan dan kontraktor yang dilantik, Thong & Thong Sendirian Berhad. Majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung petang tadi di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
| 
|
| | 29/12/2022 12:00 AM | Khamis, 28 Disember 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kesemua perkhidmatan kaunter pembayaran di Cawangan-Cawangan Jabatan Kemajuan Perumahan akan ditutup pada Sabtu, 07 Jamadilakhir 1444H bersamaan dengan 31 Disember 2022M. Orang ramai yang akan membuat pembayaran bolehlah membuat secara atas talian (online) melalui One Common Billing System (OCBS) dan juga melalui Online Banking Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Bank Baiduri. | 
|
| | 26/11/2022 12:00 AM | Sabtu, 26 November 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan nombor talian telefon yang memudahkan orang ramai untuk berurusan mengenai permohanan atau kewangan. Talian-talian berkenaan boleh dihubungi pada waktu pejabat dan dikhususkan untuk panggilan sahaja.
| 
|
| | 25/10/2022 12:00 AM | Khamis, 20 Oktober 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan kepada pemohon-pemohon yang menyertai Skim Perumahan Negara bagi permohonan tahun 2020 dan 2021 bagi Daerah Tutong dan juga pemohon-pemohon tahun 2021 bagi Daerah Temburong.
|
|
| | 10/11/2022 12:00 AM | Isnin, 10 Oktober 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan kepada pemohonpemohon yang menyertai Skim Perumahan Negara bagi permohonan tahun 2020 dan 2021 bagi Daerah Belait. Pemohon-pemohon bolehlah merujuk senarai nama tersebut melalui laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Perumahan di alamat www.housing.gov.bn. Bagi sebarang pertanyaan pemohon yang tersenarai bolehlah menghantar emel ke info@hdd.gov.bn atau JKP Cawangan Daerah Belait melalui emel: belait.jkp@hdd.gov.bn.
|
|
| | 03/10/2022 12:00 AM | Isnin, 03 Oktober 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan telah mengadakan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW. Majlis diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena ulang tahun ke-70 tahun penubuhan Jabatan Kemajuan Perumahan dan juga memperingati sempena Hari Habitat Sedunia tahun 2022. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pengarah Kemajuan Perumahan.
| 
|
| | 22/09/2022 04:00 PM | Khamis, 22 September 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan dengan kerjasama Unit Audit Dalaman dan Divisyen Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Munajat bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya (bulan September 2022) pagi tadi bertempat di Surau Kementerian Pembangunan. Hadir pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.
| |
| | 21/08/2022 04:00 PM | Isnin, 22 Ogos 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara lantai bawah di bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan, Lapangan Terbang Lama Berakas. Penutupan adalah bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf dan pengubahsuaian yang dijangka dijalankan selama tiga (3) bulan bermula 22 Ogos 2022. Orang ramai yang ingin berurusan mengenai kewangan termasuk melakukan pembayaran sepanjang waktu penutupan bolehlah terus ke Tingkat 2 (menggunakan lif di Tingkat 1).
| 
|
| | 01/08/2022 03:00 PM | Isnin, 01 Ogos 2022 - Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 diselajurkan dengan Majlis Doa Selamat bagi Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahya yang kembali dari menunaikan fardhu haji bagi tahun 1443H/ 2022M. Majlis pagi tadi diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.
| 
|
| | 15/07/2022 11:00 AM | Juma'at, 15 Julai 2022 - Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan atas pengurniaan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama (P.S.N.B) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke- 76 Tahun.
| 
|
| | 25/04/2022 08:00 AM | Isnin, 25 April 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bulan Ramadhan bertempat di Surau Apartmen Lambak Kanan, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan. Majlis diadakan bagi menandakan sempurnanya Majlis Tadarus yang diadakan oleh Pegawai dan Kakitangan JKP disepanjang bulan Ramadhan 1443H. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan.
| 
|
| | 21/03/2022 08:00 AM | Sabtu, 19 Mac 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa talian operator Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan iaitu 2382145 tidak berfungsi kerana mengalami kerosakan (masalah teknikal) sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian. Bagi sebarang urusan boleh menghubungi numbur sepertimana tertera pada makluman.
| |
| | 09/03/2022 01:00 PM | Rabu, 09 Mac 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya dan penduduk yang tinggal di kawasan Perumahan Negara Kg. Lugu mengenai penutupan sementara Penghujung Simpang 8-3-12, Jalan Ambin yang bermula pada Khamis, 10 Mac, jam 6.00 pagi. JKP ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama para pengguna jalan raya dan sebarang pertanyaan juga aduan orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123 dan e-mel: info@hdd.gov.bn.
| 
|
| | 07/02/2022 08:00 AM | Isnin, 07 Februari 2022 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa talian telefon Jabatan Kemajuan Perumahan Cawangan Temburong 5230437, 5240487 tidak berfungsi kerana mengalami kerosakan (masalah teknikal) sementara waktu sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian. Bagi sebarang urusan boleh menghubungi Cawangan JKP Temburong melalui talian 5230447, 5230531 dan emel temburong.jkp@hdd.gov.bn.
| |
| | 06/12/2021 12:00 AM | Selasa, 06 Disember 2021 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Bahagian Kewangan, Lantai Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan dan Bahagian Pengurusan Estit dan Perumahan, Jalan Surapit, Kg. Jaya Setia Berakas adalah DITUTUP SEMENTARA mulai hari Selasa, 02 Jamadilawal 1443 bersamaan 07 Disember 2021 sehingga hari Rabu, 03 Jamadilawal 1443 bersamaan 08 Disember 2021, bagi kerja-kerja pembersihan serta sanitasi dan akan DIBUKA semula pada hari Khamis, 04 Jamadilawal 1443 bersamaan 09 Disember 2021. | 
|
| | 24/11/2021 12:00 AM | Rabu, 24 November 2021 - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan Cawangan Tutong DITUTUP SEMENTARA pada hari Rabu, 19 Rabiulakhir 1443 bersamaan 24 November 2021. Bagi sebarang urusan bolehlah menghubungi emel: tutong.jkp@hdd.gov.bn.
| 
|
| | 04/10/2021 12:00 AM | Isnin, 04 Oktober 2021 - Perutusan Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan sempena memperingati Hari Habitat Sedunia 2021 dengan tema tahun ini 'Accelerating Urban Action For A Carbon-Free World'.
| 
|
| | 28/08/2021 12:00 AM | Sabtu, 28 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan penutupan semua kaunter-kaunter perkhidmatan di Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP). Bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan JKP dan Pejabat Cawangan semasa penutupan ini, dengan ini JKP mengongsikan alamat-alamat emel yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi sebarang urusan atau pertanyaan. Layari laman sesawang JKP bagi makluman terkini.
| 
|
| | | Ahad, 08 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan bagi mengawal risiko penularan jangkitan COVID-19 dengan ini Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) memaklumkan bahawa sesi temuduga bagi pemohon Skim Perumahan Negara Tahun 2020 bagi Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong adalah ditangguhkan sementara sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
| 
|