Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Perpindahan Tahun 1980an

Rancangan Perumahan Negara Tahun 1980

Untuk mempastikan Rancangan Perumahan Negara dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, pada tahun 1980 permohonan telah dibukakan seluruh Negara kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Bahagian III, IV dan V yang berhak kepada pinjaman ​perumahan Kerajaan.

Hasil daripada pengeluaran borang permohonan tersebut, seramai 8,569 orang Pegawai dan Kakitangan Kerajaan telah memohon di mana 6,569 pemohon dari Daerah Brunei dan Muara, 942 pemohon dari Daerah Belait, 826 pemohon dari Daerah Tutong dan 228 pemohon dari Daerah Temburong.

 

Rancangan Perumahan Negara Tahun 1982

Bermula tahun 1982, temuduga telah dilaksanakan secara berperingkat diseluruh Negara untuk mendapatkan maklumat bagi mempastikan dan menentukan pemohon berkelayakan untuk dipertimbangkan bagi mengikuti skim tersebut.​


Rancangan Perumahan Negara Tahun 1984

HDD1.jpg

Pada 04 Ogos 1984 Jabatan Perpindahan dinaik taraf dan ditukar nama menjadi Jabatan Kemajuan Perumahan dan dipertanggungjawabkan untuk merancang, merekabentuk dan melaksana projek perumahan serta mengendalikan pengurusan dan pemeliharaan kawasan Rancangan Perumahan Negara diseluruh Negara. 

 

Rancangan Perumahan Negara Tahun 1985

Pada tahun ini, permohonan untuk mengikuti Rancangan Perumahan Negara dibukakan sekali lagi untuk memberi peluang kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Bahagian III, IV, and V yang tidak berpeluang untuk memohon pada tahun 1980.

Walaubagaimanapun, rancangan yang pada asalnya dikhususkan bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Bahagian III, IV dan V, kemudiannya diperluaskan kepada Pegawai Kerajaan Bahagian II dan kepada rakyat biasa termasuk Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang tidak berhak kepada skim kemudahan pinjaman perumahan Kerajaan yang dikategorikan sebagai "Orang Awam".

Sebanyak 6,730 permohonan telah diterima dimana sebanyak 3,977 permohonan daripada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan dan 2,753 permohonan daripada "Orang Awam". Daripada jumlah tersebut, 4,232 permohonan ialah dari Daerah Brunei dan Muara, 1,832 permohonan dari Daerah Belait, 503 permohonan dari Daerah Tutong dan 163 permohonan dari Daerah Temburong.

​Bermula pada tahun 1985 ini juga, tawaran Skim Pembahagian Lot-Lot Tanah ditawarkan bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan Bahagian II sahaja dimana syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon-pemohon  yang berjaya ialah bayaran perkhidmatan bagi memajukan tanah sebanyak $13,500.00 dan lot tanah tersebut hendaklah dimajukan dan dibangunkan rumah dalam tempoh 3 tahun daripada tarikh pengundian.

Kawasan pertama yang di sediakan bagi skim ini ialah kawasan Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan dan jumlah lot yang telah disediakan di kawasan ini bagi kumpulan pertama ialah sebanyak 72 lot.

Lambak.jpg 


Rancangan Perumahan Negara tahun 1986

Pada 16 April 1986, buat pertama kalinya, seramai 84 orang pemohon yang berjaya terdiri dari Pegawai dan Kakitangan Kerajaan telah meneriman perumahan mereka di Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan.

Kunci1.jpg


Rancangan Perumahan Negara tahun 1988

Pada tahun 1988 permohonan dibukakan sekali lagi tetapi hanya kepada "Orang Awam" sahaja. Sebanyak 505 permohonan telah diterima iaitu 162 permohonan dari Daerah Brunei dan Muara dan 343 permohonan dari Daerah Belait.