Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas


Sebelumnya Jabatan Kemajuan Perumahan telah dikenali sebagai Jabatan Perpindahan Kampong Ayer ke Darat ianya mengendalikan beberapa Rancangan Perpindahan Negara seperti pada tahun 1951 ianya memindahkan penduduk Kampong Bendahara Lama (Kampong Air) ke kawasan perpindahan Kampong Bunut di Mukim Kilanas. Pada tahun 1953 ianya juga mengendalikan Perpindahan Kampong Burong Pingai Berakas, Kampong Pancha Delima, Kampong Pengiran SiRaja Muda, Kampong Anggerek Desa dan Kampong Orang Kaya Besar Imas, semuanya diMukim Berakas. Pada tahun 1954, jabatan ini juga mengendalikan Perpindahan Kampong Jaya Setia dan Kampong Jaya Bakti, kedua-duanya di Mukim Berakas dan lebih dikenali dengan nama Kampong Perpindahan Berakas.


Jabatan Perpindahan yang telah ditubuhkan dua dekad yang lalu, telah diberi nama baru sebagai Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) pada 04 Ogos 1984. Sehubungan itu, fungsinya telah pun digubal serta diperluaskan dari Jabatan yang mulanya cuma menempatkan penduduk yang tinggal di kampung air ke darat kepada yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan rumah untuk semua rakyat yang berkelayakan.

Jabatan Kemajuan Perumahan adalah salahsatu jabatan dibawah Kementerian Pembangunan yang dipertanggungjawapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam bagi merancang, merekabentuk, melaksana serta mengendalikan pemeliharaan Skim Rancangan Perumahan Negara bagi Negara Brunei Darussalam ini.