Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/housing/bm/Slider_images/4.png/housing/bm/Slider_images/2.png/housing/bm/Slider_images/3.jpg/housing/bm/Slider_images/4.jpg/housing/bm/Slider_images/1.jpg

1 - Status Permohonan.png2 - Status Pembayaran.png 5 - Bekalan Air.png 6 - Bekalan Electrik.png  10 - Permohonan spn.png9 - Statistic.png
3 - Jadual Temuduga.png 4 - Tender Sebutharga.png 7- Tambah Ubahsuai.png 8 - Kiblat.png 11 - Tapak SPN.png 12 - Jenis rumah spn.png

OPERASI KENDERAAN TERBIAR

​​​​Isnin, 06 Mac 2023 - ​5 buah kenderaan terbiar terletak di pinggir bahu jalan raya dan kawasan 'hammer head' di Jalan Wasai Limuru dan Wasai Limuru Barat, Perumahan Negara Tanah Jambu telah diambil tindakan dan dipindah oleh pihak berkuasa semasa Operasi Kenderaan Terbiar pada 15 Februari 2023 lalu. Operasi dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) dengan kerjasama agensi-agensi berkuasa, iaitu pihak Pasukan Polis Diraja Brunei, pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) serta Ketua Kampong Perumahan Negara Tanah Jambu.

4.jpeg.jpg

JKP RAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN BERSARA

Khamis, 16 Februari 2023 - Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi pegawai dan kakitangan yang bersara bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan (MODTC), Kementerian Pembangunan. Seramai 17 orang pegawai dan kakitangan bersara pada tahun 2022 diraikan di Majlis tersebut. Tetamu Kehormat majlis, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Pengarah Kemajuan Perumahan menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada pada pesara.

Pesaraan5.jpeg

KONTRAK PERJANJIAN PEMBINAAN 950 UNIT TERES TERMETERAI

Khamis, 05 Januari 2023​ - Kontrak perjanjian bagi projek Perumahan Negara Kg Tanah Jambu, Fasa 7 termasuk rekabentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres telah ditemeterai diantara Jabatan Kemajuan Perumahan dan kontraktor yang dilantik, Thong & Thong Sendirian Berhad. Majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung petang tadi di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

7.jpeg

Batu Sempadan