Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBerita Terkini

  
  
Description
Front image
  
04/10/2021 12:00 AM

Isnin, 04 Oktober 2021 - Perutusan Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan sempena memperingati Hari Habitat Sedunia 2021 dengan tema tahun ini 'Accelerating Urban Action For A Carbon-Free World'.

WHD_2021_Logo-02.png

  
28/08/2021 12:00 AM

Sabtu, 28 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan penutupan semua kaunter-kaunter perkhidmatan di Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP). Bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan JKP dan Pejabat Cawangan semasa penutupan ini, dengan ini JKP mengongsikan alamat-alamat emel yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi sebarang urusan atau pertanyaan. Layari laman sesawang JKP bagi makluman terkini.

CoverMaklumanEmel.png

  

Ahad, 08 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan bagi mengawal risiko penularan jangkitan COVID-19 dengan ini Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) memaklumkan bahawa sesi temuduga bagi pemohon Skim Perumahan Negara Tahun 2020 bagi Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong adalah ditangguhkan sementara sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Makluman.TemudugaBM.TEM.jpg

  
08/08/2021 05:00 PM

Ahad, 08 Ogos 2021 - Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter-kaunter di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan dan juga Cawangan di ke empat-empat daerah adalah ditutup buat sementara bermula 09 Ogos 2021 hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

KaunterTutup.jpg

  
08/04/2021 12:00 AM

8 April 2021, Khamis - Majlis Perletakan Batu Asas bagi projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Projek Perumahan Negara di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke 11 ini, akan menyediakan 1,000 unit rumah jenis teres, diatas tapak seluas 165 hektar, berserta dengan prasarana asas seperti bekalan lektrik, bekalan air dan jalan raya. Projek ini bernilai lebih dari BND 108 juta dan dijadualkan siap dalam tempoh 24 bulan. Perlaksanaan projek ini dikendalikan oleh kontraktor dilantik, Swee Sendirian Berhad.

Breaking8.jpg

  
01/04/2021 01:00 PM

4 orang qari dan 4 orang qariah memperdengarkan bacaan masing-masing diperingkat akhir pada Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran sempena Sambutan Isra' dan Mi'raj Tahun 1442 Hijrah. Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Johan qari adalah peserta dari Pejabat Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya, manakala johan qariah pula disandang oleh peserta dari Jabatan Kemajuan Perumahan.

Musabaqah1.jpg

  
13/03/2021 04:00 PM

13 Mac 2021, Sabtu - Tiga (3) buah kontrak dokumen bagi projek-projek di bawah Kementerian Pembangunan sempurna ditandatangani pagi tadi di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Hadir menyaksikan penandatanganan projek-projek berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. 

Rimba1.jpg

  
26/02/2021 12:00 AM

Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah bagi mengisikan jawatan kosong Site Staff (Kontrak) Tapak Bina Projek-Projek Rancangan Perumahan Negara. 

Tarikh tutup menghantar permohonan ialah pada Hari Isnin, 08hb Mac 2021, Jam 4.00 petang. 

SiteStaff.jpg

  
30/01/2021 09:00 PM

30 Januari 2021, Sabtu - Majlis penandatanganan kontrak bagi projek Rancangan Perumahan Negara Kampong Lugu Fasa 2 telah diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, diantara Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dengan kontraktor yang dilantik, Swee Sendirian Berhad. Majlis penandatanganan kontrak disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan selaku Tetamu Kehormat majlis.

Lugu5.jpg

  
28/10/2020 05:00 PM

28 Oktober 2020, Rabu - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Dua Belas (12) Malam Berturut-turut Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi Tahun 1442 Hijrah pada petang tadi, bertempat di Dewan Muwafaqah, Tingkat 1, Ibu Pejabat JKP. Majlis didahului dengan bacaan Tahlil Khas atas Kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah.

3.jpg

  
05/10/2020 04:00 PM

05 Oktober 2020, Isnin - Sambutan Hari Habitat Sedunia jatuh pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun ini, ianya jatuh pada 05 Oktober 2020 bertemakan "Housing For All: A Better Urban Future'. Tema yang dipilih oleh UN-HABITAT ini adalah bertepatan dengan pembangunan negara yang kini menuju ke arah untuk mencapai Wawasan Brunei 2035. Bagi memperingati Sambutan Hari Habitat Sedunia tahun ini, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sembahyang Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran bertempat di Surau Jabatan Kemajuan Perumahan. Hadir selaku tetamu kehormat YB Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

5a5ecfc2-c47f-4b7b-afe1-431dd7841d39.jpg

  
31/08/2020 12:00 AM

31 Ogos 2020, Isnin - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan kepada pemohon-pemohon yang menyertai Skim Perumahan Negara bagi permohonan tahun 2019 bagi Daerah Brunei-Muara, Daerah Temburong dan juga Daerah Belait untuk menghadiri sesi temuduga yang akan diadakan bermula September ini. Pemohon-pemohon bolehlah merujuk senarai nama tersebut melalui laman sesawang rasmi JKP.

PR.Interview2019.jpg

  
22/04/2020 03:00 PM

22 April 2020, Rabu Berikutan penularan maklumat dan gambar yang disebarkan melalui media sosial dan juga aplikasi WhatsApp mengenai Lambak Kanan Apartments, maka dengan ini Jabatan Kemajuan Perumahan ingin memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR.

MS.TularLK.jpg

  
21/03/2020 08:00 AM

21 Mac 2020, Sabtu - Sebagai langkah pengawalan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan termasuklah kaunter pembayaran, permohonan dan pertanyaan di Jabatan Kemajuan Perumahan dan semua cawangannya adalah ditutup sementara mulai Sabtu, 21 Mac 2020 hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Slide1.JPG

  
27/02/2020 12:00 AM

27 Februari 2020, Khamis - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) adalah agensi Kerajaan pertama yang dipilih secara rintis menggunakan sistem OCBS 'One Common Billing System' bagi pengendalian pengutipan hasil khususnya pembayaran balik pinjaman perumahan. Projek berkenaan telah dilancarkan tadi oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Yang Berhormat Dato Seri Setia IR. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.

DSC01043.jpg

  
18/11/2019 12:00 AM

18 November 2019, Isnin - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 234 orang penerima di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) bagi Daerah Temburong. Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, Daerah Temburong. 

INFODEPT05-046.jpg

  
17/09/2019 12:00 AM

17 September 2019, Selasa Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada pagi ini mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) yang termasuk dalam agenda lawatan ke Kementerian Pembangunan. Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara diketuai oleh ang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman. Turut hadir menyertai rombongan, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin. 

5.jpg

  
13/08/2019 12:00 AM

13 Ogos 2019, SelasaKementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya turut meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan majlis ibadah korban yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan. Majlis berkenaan berlangsung di Ruang Legar, Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.

DSCF4590.JPG

  
29/07/2019 12:00 AM

29 Julai 2019, Isnin - Seramai  20 orang pelajar jurusan Diploma Seni Bina 'Diploma in Architecture' Politeknik Brunei (PB) telah membuat lawatan ke kawasan pertapakan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Tanah Jambu. Lawatan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang projek residential seni bina. Rombongan pelajar ini diketuai oleh 2 (dua) orang tenaga pengajar. Program lawatan terbahagi kepada 2 (dua) iaitu lawatan kekawasan pertapakan dan juga pembentangan Laporan Kelayakan 'Feasibility Report'.

DSCF3837.JPG

  
01/07/2019 12:00 AM

01 Julai 2019, Isnin - Pelbagai acara Sambutan Hari Raya giat dianjurkan oleh pelbagai pihak dengan hasrat untuk mengukuhkan lagi silaturahim disamping memberikan peluang untuk bermaaf-maafan di bulan Syawal. Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) juga tidak ketinggalan meraikan Sambutan berkenaan dengan mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya bertempat di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat, JKP. Bagi memeriahkan lagi Sambutan ianya turut diisikan dengan acara pertukaran hadiah 'gift exchange' bagi setiap Bahagian di bawah JKP dan juga penyampaian hadiah bagi pondok tercantik serta pakaian tercantik mengikut tema. 

Hari Raya 2019 HDD - 1-7-19 (36 of 63).jpg

  
30/05/2019 12:00 AM

30 Mei 2019, Khamis - Antara aktiviti yang disusun oleh Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) bersempena bulan Ramadhan ialah kempen kebersihan. Pada tahun ini, JKP telah mengadakan kempen Membersihkan Kawasan Masjid Sufri Bolkiah Perpindahan Berakas. Aktiviti berkenaan diselajurkan dengan penyampaian sumbangan oleh tetamu kehormat kepada Pegawai Masjid berkenaan.

IMG_0246.JPG

  
22/05/2019 12:00 AM

​​22 Mei 2019, Rabu - Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat, JKP bagi meyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma kepada sembilan (9) orang anak-anak yatim yang terdiri daripada warga kakitangan JKP. 

DSC_8071.JPG

  
18/02/2019 12:00 AM

18 Februari 2019, Isnin - Seramai 545 orang dianugerahkan anak-anak kunci rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) bagi Daerah Brunei dan Muara pagi tadi. Majlis Penyempurnaan Penganugerahan anak-anak kunci berkenaan berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD). Dari jumlah 545 orang penerima berkenaan, seramai 489 orang menerima rumah jenis kluster dan selebihnya menerima rumah jenis teres.

INFODEPT4-30.jpg

  
19/12/2018 12:00 AM

19 Disember 2018, Selasa - Pagi tadi rombongan dari Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPWB) mengadakan lawatan ke Rancangan Perumahan Negara Lugu sebahagian dari jadual lawatan empat (4) hari ke Negara ini. Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Haji Mursidi bin Haji Sapie, Pengarah Jabatan Perancagan Bandar dan Wilayah Sabah ke kawasan Rancangan Perumahan Negara Lugu dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar. Ahli rombongan berpeluang meninjau lebih dekat rumah jenis kluster yang dibina di kawasan berkenaan.

IMG_3598.JPG

  
19/11/2018 12:00 AM

19 November 2018, Isnin - Bagi menyemarakkan lagi sambutan memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam petang tadi, Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud bagi Tahun 1440 Hijrah bertempat di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat, JKP. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.

IMG_0533.JPG

  
15/08/2018 12:00 AM

15 Ogos 2018, Rabu - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurnakan Penganugerahan Anak-Anak Kunci Rumah kepada 860 orang penerima di bawah Skim Perumahan Negara. Majlis berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

INFODEPT10-024.jpg

  
11/07/2018 12:00 AM

11 Julai 2018, Rabu - Selain berpeluang bermaafan di hari yang mulia, Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP). Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji  mengetuai rombongan mengunjungi disetiap tingkat Bangunan JKP dan beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan di Bahagian masing-masing.

1.jpg

  
06/06/2018 08:00 AM

06 Jun 2018, Rabu - JKP mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1439 Hijrah bersamaan 2018 Masihi bertempat di Dewan Muwafaqah, Bangunan Ibu Pejabat, Jabatan Kemajuan Perumahan. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar yang juga mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan acara.

Khatam11.jpg

  
29/05/2018 10:00 AM

29 Mei 2018, Selasa - Menjelangnya bulan Ramadhan JKP mengadakan aktiviti tahunan melaksanakan kerja bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam di Simpang 196, Kampong Serasa. Rombongan kerja amal berkenaan diketuai oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.​ Kempen kebersihan diteruskan dengan mengadakan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

BersihKubur3.JPG

  
21/05/2018 09:00 AM

19 Mei 2018, Sabtu - Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan di mana semua pahala amal kebaikan akan dilipatgandakan. Amalan bertadarus merupakan antara kegiatan keagamaan yang menjadi pilihan umat Islam sepanjang bulan puasa ini. Justeru itu, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan juga tidak ketinggalan untuk sama-sama merebut peluang berharga itu dengan mengadakan Tadarus Al-Quran setiap pagi sebelum memulakan tugasan.

IMG_3252.JPG

1 - 30Next